ACURA TYPE S CONCEPT – BUKTI HONDA MASIH MAMPU HASILKAN KERETA SPORTS YANG CANTIK
Jenama mewah Honda, Acura mendedahkan secara rasmi model Type S Concept yang direka untuk menggantikan TLX Type S.
Lari daripada reka bentuk Acuta sebelum ini, jentera tersebut tampil dengan falsafah gayaan “Precision Crafted Performance” yang sangat kemas dan elegan.
Bahagian hadapannya cukup agresif dengan gril Diamond Pentagon yang diapit oleh sepasang lampu LED nipis. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan lampu nyalaan siang yang diinspirasikan daripada model prototaip ARX-05 Daytona.
Bahagian bawahnya pula dipasang bampar dengan corong pengambilan udara yang lebar splitter gentian karbon. Rekaan sporty itu diteruskan dengan hud panjang dan cermin utama yang condong ke belakang.
Pasukan reka bentuk memberikan Type S Concept garis badan dan bumbung yang maskulin. Rim aloi bersaiz 21 inci itu digandingkan bersama sistem brek Brembo berprestasi tinggi dengan angkup empat omboh.
Di belakang, ia hadir dengan rekaan trunk yang unik bersama spoiler gentian karbon, lampu LED, peresap udara dan sistem ekzos empat paip yang sporty.
Acura tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai spesifikanya enjinnya. Tetapi, harus tahu bahawa Acura sebelum ini ada mengumumkan ketibaan enjin V6 turbo bahary yang akan dipadankan dengan sistem Super Handling All-Wheel Drive (SH-AWD).
Masih belum dapat dipastikan bilakah TLX Type S akan diperkenalkan, ada yang menyatakan dalam masa dua tahun lagi.
- BACA: ACURA NSX TYPE R AKAN MUNCUL DENGAN 600 HP
- BACA: TAK LAKU SANGAT, HONDA/ACURA BERI DISKAUN RM83,000 KEPADA PEMBELI NSX
- BACA: SELEPAS 10 TAHUN, SEBUAH ACURA INTEGRA TYPE-R DITEMUI DI SEBALIK DINDING BANGSAL DI KANADA
- BACA: HONDA CIVIC TYPE OVERLAND – BILA FK8 JADI JENTERA RALI
GALERI