Motosikal

HONDA TRAIL 125 ABS TERJAH PASARAN AMERIKA SYARIKAT. BERMULA PADA HARGA RM 16,000

Selepas dua tahun, Honda mempertontonkan kepada khalayak sebagai jentera konsep di Tokyo, Jepun, model Trail 125 ABS  mula menjengah pasaran Amerika Syarikat(AS).

Model terbaharu ini didatangkan secara eksklusif dengan warna merah (Glowing Red) dipadankan hiasan berwarna hitam serta rekaan old school.

Trail 125 ABS  atau CT 125 ini ditawarkan pada harga AS$3,899 (RM16,178).

Reka bentuk motosikal ini mengembalikan nostalgia model Trail 90 kira-kira setengah abad lalu, menampilkan rekaan rugged dan tanpa transmisi klac.

Ia sesuai digunakan bagi mereka berjiwa urban, termasuk penggemar aktiviti rekreasi ataupun off-road.

Motosikal empat lejang ini mendapat khidmat enjin dua injap dengan transmisi empat kelajuan separa automatik. Ia mampu menjana kuasa mencecah 8.7 hp.

Trail 125 ABS  turut dilengkapi tayar berukuran 80/90 x 17 inci seperti Super Cub C 125 ABS.

“Pada tahun 60-an dan 70-an, Trail 50 cukup popular di kawasan perkhemahan AS dan dibawa menggunakan motorhome sehingga muncul beberapa model lain menggantikan jentera ini.

“Berikutan itu, jenama CT mempunyai sejarah istimewa di pasaran AS. Model Trail 125 mampu menjadi  seperti Super Cub dan Monkey. Ia boleh mengembalikan kegemilangan motosikal AS,” kata Pengurus Kanan Powersports Marketing, Lee Edmunds. – carscoops

Google ads
Back to top button