Motosikal

ANDA BOLEH BELI HONDA CBR250RR PADA HARGA DISKAUN. TETAPI…

Baru-baru ini, Boon Siew memperkenalkan Boon Siew Honda 250cc Racing Support Programme yang bakal bersaing dalam Kejohanan Superbike Malaysia 2021.

Inisiatif itu berperanan untuk meningkatkan lagi kualiti dunia perlumbaan motosikal di Malaysia. Boon Siew Honda sememangnya sudah terbukti berjaya menganjurkan  perlumbaan di peringkat akar umbi iaitu Honda Dash 125 Challenge.

Program sokongan tersebut akan menawarkan jentera Honda CBR250RR yang sedia untuk tujuan berlumba. Lebih menarik lagi, ia ditawarkan pada harga diskaun kepada pasukan dan pelumba yang bersaing dalam sub-kategori kelas MSBK250.

Spesifikasi asas motosikal itu disediakan oleh Boon Siew Honda bersama pakej penuh pada harga RM50,000. Namun, pasukan dan pelumba yang membeli pakej berkenaan hanya perlu membayar RM30,000 sahaja.

Tetapi, orang perseorangan tidak boleh membeli jentera yang secara asasnya boleh digunakan di atas jalan raya biasa.

“Sebelum ini, terdapat jurang di antara Cub Prix dan Asia Road Racing Championship (ARRC), jadi MSBK bertujuan mengisi ruang tersebut.

“Kami harap dapat menarik minat pasukan dan pelumba berbakat ke dalam sukan perlumbaan motosikal,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Yoshitaka Nakamura.

Program itu akan dijalankan dengan kerjasama promoter perlumbaan Two Wheels Motor Racing. Jika berminat, anda boleh hubungi mereka di talian 03- 8733 8787.

GALERI

Google ads
Back to top button