Buletin

KENA RASUK DALAM PESAWAT? BIAR BETUL NI!!!

Masih ingatkah filem Exorcist? Seram kan bila menonton jalan cerita hantu macam tu.

Dalam satu rakaman di dalam pesawat menuju ke bandar Detroit di negeri Michigan, Amerika Syarikat pada Ahad lalu, seorang wanita didapati berkelakuan seakan-akan dirasuk.

Rakaman video penumpang pesawat terbabit menunjukkan wanita itu memanjat tempat duduk penumpang sambil menjerit kata-kata kesat yang menjengkelkan.

Penumpang penerbangan itu terkejut melihat wanita tersebut terjerit-jerit seperti hilang akal.

Dalam rakaman berdurasi hampir dua minit itu, dia kemudian cuba ditenteramkan oleh tiga lelaki.

Mereka cuba memaksa wanita itu turun daripada tempat duduk penumpang de­ngan mencengkam pergelangan tangannya.

Bagaimanapun, wanita tersebut berjaya ditenangkan dan turun ke bahagian laluan penumpang di dalam penerbangan tetapi masih menhamburkan kata-kata kesat.

Rakaman video di laman World Star Hip Hop itu mencatat lebih 1 juta tontonan setakat ini.

Sebanyak lebih 1,500 komen di­tinggalkan berhubung klip video tersebut dan rata-rata, netizen menyamakan wanita itu dengan karakter yang dirasuk syaitan dalam filem The Exorcist. – agensi

Google ads
Back to top button