Buletin

WANITA BELI HONDA SCOOPY GUNA SYILING. KERAH 6 PEKERJA SELAMA HAMPIR 3 JAM KIRA DUIT

Seorang wanita di Demak, Indonesia membeli sebuah motosikal jenama Honda Scoopy pada harga 20.6 juta rupiah (RM5,791) menggunakan wang syiling.

Salah seorang pekerja di pusat Cendana Harum Demak, Bayu berkata, pembelian motosikal menggunakan wang syiling sudah dua kali berlaku di kedai berkenaan.

“Sudah dua kali perkara ini berlaku. Dulu ada orang datang membawa wang syiling bernilai 8 juta rupiah (RM2,247). Sebelum ini pelanggan membeli Honda BeAt” katanya.

Jelasnya, pengiraan wang syiling milik Siti Barokah mengambil masa dua hingga tiga jam dengan tenaga kerja seramai enam orang.

“Ya, semua duit syiling, kira-kira dua hingga tiga jam mengira dengan kekuatan enam pekerja,” katanya.

Menurut laporan detikcom, pada mulanya, Siti Barokah datang ke premis tersebut untuk membeli motosikal namun wang tidak mencukupi.

“Kerana wang masih kurang, Siti berunding untuk membayar menggunakan wang syiling.

Sebagai peniaga, kami mengutamakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

“Yang penting ialah duit syiling atau wang kertas mengikut harga yang dipersetujui,” katanya. – agensi

Google ads
Back to top button