BuletinMotosikal

AKRAPOVIC GUNA BAHAN BARU UNTUK ELAK PRODUKNYA DIPALSUKAN

Ia mungkin produk ekzos yang paling banyak diklon di pasaran. Namakan apa sahaja model, versi atau [un produk khusus, populariti Akrapovic menyebabkan apa juga yang mereka hasilkan pada hari ini, akan masuk ke pasaran ‘copy ori’ minggu depan.

Ia bukanlah masalah baru malah ia dihadapi oleh semua jenama terkenal di dunia.

Dalah satu temuramah yang dibuat oleh pihak TodoCircuito, Akrapovic memberi gambaran bahawa mereka sentiasa berfikir untuk menghasilkan produk yang indovatif, lebih baik malah turut memastikan bahawa ia tidak atau sekurang-kurangnya sukar untuk diplagiat.

Mereka sedar, Akrapovic adalah jenama yang paling banyak produk tiruan di pasaran, yang dihasilkan oleh syarikat di sekitar Asia. Antara strategi Akrapovic ialah menggunakan bahan yang unik dalam pembuatan produk dan juga teknik yang berbeza.

Menurut Akrapovic, teknologi ini juga sebenarnya bukan baru sepenuhnya, malah mereka sudahpun menggunakannya dalam arena WSBK dan juga jentera MotoGP.

Akrapovic mendakwa bahawa rekabentuk dan penggunaan material bagi produk keluaran 2020 akan lebih sukar diklon. Menurut Pengurus Jualan Akrapovic Sepanyol dan Amerika Selatan – Ignacio Escriche mereka sangat serius tentang produk klon yang lazimnya dihasilkan oleh Asia.

Beliau turut memberitahu bahawa antara material yang digunakan ialah Ceramic Matrix Composite (CMC) dan aloi titanium terbaru yang mampu menahan suhu panas lebih tinggi dan juga tahan lebih lama.

Ceramic Matrix Composite (CMC) merupakan bahan baharu yang sangat ringan malah ia dikatakan 50 peratus lebih ringan berbanding titanium. Lebih menarik, bahan ini mampu menahan kepanasan sehingga 1000 darjah selsius.

Adakah ia luar biasa?

Tidak. Sebenarnya, Akrapovic sudahpun menggunakan sistem ekzos yang menggunakan material ini pada Porsche 911 GT3 RS.

“Kami menggunakan kedua-dua bahan ini ( Titanium yang dipertingkatkan dan CMC ) baik pada jentera perlumbaan kami dan juga produk massa. Sehingga Material yang digunakan pada Muffler Monster Yamaha MotoGP dan Suzuki Ecstar dibuat dengan Material yang sama dengan Produk Muffler motosikal harian Kami “

Google ads
Back to top button