
WRC 2020 – HYUNDAI MUNGKIN SEDIAKAN PASUKAN KEDUA
Persaingan World Rally Championship (WRC) 2020 bakal bermula pada Januari nanti di Monte Carlo. Pasukan yang beraksi sedang giat membuat persiapan rapi bagi menghadapi musim 2020. Dan menurut satu perkhabaran, pasukan Hyundai bersedia untuk menurunkan pasukan kedua bagi menghadapi WRC 2020 nanti.
Umum tentu mengetahui pasukan Hyundai Shell Mobis telah pun mempunyai tempat bagi tiga kereta bagi musim depan. Ott Tanak dan Thierry Neuville bakal mengemudi dua kereta utama manakala sebuah lagi jentere i20 WRC bakal dikongsi diantara Sebastian Loeb dan juga Daniel Sordo. Keadaan ini menyaksikan pelumba musim lalu Andreas Mikkelsen dan Craig Breen bakal kehilangan kerusi pemandu.
Pelumba kelahiran Norway Andreas Mikkelsen ini sebenarnya beraksi dengan agak baik juga sepanjang musim WRC 2019 dengan konsisten mengutip mata sekaligus membantu pasukan Hyundai muncul juara bagi kategori Pembuat. Malah beliau tiga kali menaiki podium di Argentina, Itali dan juga Turki. Hasilnya Andreas Mikkelsen menduduki tempat keempat keseluruhan musim 2019. Suatu pencapaian yang agak baik juga sebenarnya walaupun beliau tidaklah beraksi penuh musim ini dek kerana sistem pusingan pemandu yang digunakan oleh pasukan Hyundai.
Manakala Craig Breen yang hanya beraksi dua pusingan bersama Hyundai semasa di Finland dan Great Britain turut beraksi dengan baik sebenarnya dengan menduduki tempat ketujuh dan kelapan.

Adrea Adamo ketika menjawab soalan kepada Motorsports.com tentang kedudukan mengekalkan Craig Breen dan Andreas Mikkelsen yang bermakna kehadiran semula pasukan Hyundai N, “Saya bercakap tentang banyak perkara dan banyak pilihan”
“Kami bekerjasama bersama Craig dan juga Andreas. Kami sedang bekerja keras untuk memastikan mereka bersama kami”.
Malah, Craig Breen, Andreas Mikkelsen dan juga Dani Sordo turut memandu Hyundai i20 R5 ketika beraksi di Monza Rally Show minggu sudah. Satu petanda yang cukup kuat sebenarnya. Kedua dua pelumba terpinggir ini hampir pasti bersama pasukan kedua Hyundai untuk musim hadapan.
Dengan Monte Carlo bakal menjadi tuan rumah pada 23 – 26 Januari nanti, semua pasukan sedang menjalani ujian intensif untuk mencari ‘setting’ yang sedap untuk jentera masing. Apatah lagi berlumba di Monte Carlo dengan permukaan aspal serta melalui laluan mendaki gunung ganang yang tinggi. Yang pasti, kita semua tunggu pada 11 Januari nanti untuk pelancaran rasmi pasukan bagi musim 2020.
BACA : HYUNDAI DINOBATKAN JUARA WRC 2019 – MENANG AKHIRNYA
BACA : WRC 2019 – DANI SORDO RANGKUL KEJUARAAN SAAT DI AKHIR DI ITALI