Artikel PilihanMotosikal

KONVOI KE SIAM? INI YG PERLU ANDA TAHU TENTANG INSURANS THAILAND

Insuran Compulsory atau Por Ror Bor adalah insuran untuk melindungi penunggang ( pemandu ) dan penumpang, sesebuah kenderaan jika menghadapi kemalangan di Thailand. Ia TIDAK melindungi kenderaan kita atau kenderaan yang kita langgar.

Manakala nilai pampasan bergantung kepada syarat dan terma daripada syarikat dan pembekal insuran.

Insuran Voluntary pula adalah insuran yang melindungi :-

  • kenderaan kita ( pampasan rujuk kepada syarat dan terma )
  • kenderaan yang kita langgar ( pampasan rujuk kepada syarat dan terma )
  • dan perlindungan tambahan kepada penunggang atau pemandu dan juga penumpang ( pampasan rujuk kepada syarat dan terma )
  • ada juga yang memperuntukkan wang jaminan polis atau mahkamah ( pampasan rujuk kepada syarat dan terma )

Oleh itu jika anda terbabas sendiri atau kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain, maka Insuran Compulsory atau por ror bor digunakan untuk membiayai yuran hospital atau pampasan jika ada kematian.

Jika anda terlibat kemalangan dengan kenderaan lain, maka Insuran Voluntary digunakan untuk membiayai pampasan kepada kenderaan yang terlibat SEKIRANYA anda didapati bersalah. (pampasan rujuk kepada syarat dan terma )

Maka kedua-duanya sangat penting.

Oleh yang demikian terpulang kepada pengguna untuk menentukan keperluan sendiri. Insuran VOLUNTARY tiada paksaan.

Namun risikonya jika anda terlibat kemalangan dengan kenderaan lain dan anda didapati bersalah, maka kos pembiayaan anda perlu tanggung sendiri.

Bagi Cikgu Joe Satun (CJS) yang menggunakan kereta dan motor Thailand, maka CJS ambil kedua-dua insuran. Compulsory dan Voluntary bagi persediaan sebarang kemungkinan.

Insuran tambahan yang CJS ambil ialah dari Etiqa Travel Insuran dan Personal Accident. Ini kerana CJS warga Malaysia, perlu melengkapkan semua insuran berikut bagi persediaan sebarang kemungkinan kerana sebagai bukan warga Thai, kos yuran hospital boleh dikatakan agak tinggi.

Lagipun sebagai pemastautin di Pak Bara, Satun Thailand, CJS setiap hari menggunakan kenderaan.

TERPULANG kepada PENGGUNA untuk membeli Insuran jika ingin membawa kenderaan ke Thailand. TIADA paksaan untuk membeli sebarang insuran dan jenis Insuran.

Info Tambahan
Semua insuran yang sah, dijamin oleh kerajaan.

……………………………………………………………………………………..

Penulis dikenali sebagai Cikgu Joe Satun (CJS) dan menetap di Pak Bara, Satun Thailand. Seorang aktivis masyarakat yang terlibat dalam memartabatkan Bahasa Melayu di Satun dan pernah terlibat membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, wilayah selatan khasnya. Anda boleh mengikuti perkembangan Cikgu Joe di https://www.facebook.com/cikgujoesatun/

Google ads
Back to top button