Buletin

KERAJAAN PERTIMBANG DISKAUN INSURANS UNTUK PEMANDU BERDISPLIN

Sistem pendtabiran kerajaan yang baik ialah mendidik, menghukum dan memberi ganjaran. Ini yang dipraktiskan oleh beberapa negara contoh di dunia hari ini.

Menurut laporan TheEdgeMarkets.com, bagi meraikan pemandu yang baik kerajaan sedang mengkaji untuk memberikan merit di atas sikap mereka dengan memberikan diskaun dalam insurans kenderaan.

Kerajaan berharap untuk melaksanakannya pada tahun depan.

Dalam sidang akhbar selepas lawatan ke pusat kawalan Awas hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kementerian akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkenaan cadangan ini.

Menurut beliau lagi cadangan ini sebenarnya berasal dari pihak PIAM sendiri. Kerajaan berpendapat bahawa sasaran mereka adalah untuk mendidik dan bukan menghukum semata-mata di mana ganjaran yang dicadangkan ini adalah sebahagian daripada program tersebut.

Sebagai pengguna jalan raya, ini adalah hari keempat sistem Awas (Automated Awareness Safety System) dilaksanakan oleh kerajaan selepas mengambil alih dari pemilik konsesi pada 1 September lalu.

Melalui kaedah perlaksaan baharu, kerajaan tegas dalam menguatkuasakannya di mana pesalah perlu menjelaskan kompaun sebanyak RM 300 dalam masa 60 hari dan bukan lagi RM 150. Pada masa sama, pesalah juga akan dikenakan mata demerit dalam sistem Kejara.

Laporan yang sama daripada portal TheEdgeMarkets.com menunjukkan sistem Awas telah berjaya mengeluarkan 1,298 saman bermula 1 hingga 2 September 2018. Sejumlah 1,121 saman untuk kesalahan berkaitan had laju dan 147 saman untuk kesalahan melanggar lampu isyarat.

Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekarang ini mengendalikan 45 kamera di seluruh negara di mana 29 daripadanya untuk merakam kesalahan lalu lintas manakala baki 16 kamera untuk kesalahan berkaitan lampu isyarat.

Google ads
"
"
Back to top button