Buletin

NAK JIMAT PREMIUM INSURANS KERETA RM4,500 LELAKI KANADA SANGGUP TUKAR JANTINA

Seorang lelaki dari Alberta, Kanada sanggup menukar ‘jantina’ semata-mata ingin mendapatkan bayaran premium insurans yang lebih murah.

Untuk makluman, syarikat insurans di Kanada mengenakan premium lebih tinggi kepada pemandu lelaki berbanding wanita berusia bawah 25 tahun. Premium itu juga lebih mahal sekiranya pemohon mempunyai rekod kemalangan atau saman.

Itulah situasi yang dialami oleh ‘David’ apabila dia ingin membeli sebuah Chevrolet Cruze baharu. Pada ketika itu, David baru berusia 23 tahun dan perlu membayar insurans sebanyak AS$4,500 (RM18,300) setahun untuk insurans kereta tersebut.

Dia tidak mampu membayar jumlah itu. Apabila ditanya berapa yang perlu dibayar oleh pemandu wanita, dia terkejut kerana bayarannya kurang AS$1,100 (RM4,500).

David kemudian mendapat idea untuk menukar jantinanya secara sah melalui undang-undang. Di bawah undang-undang Kanada, warganya boleh memohon untuk menukar jantina selepas mendapat pengesahan daripada doktor.

“Saya mengambil kesempatan atas kelemahan sistem ini. Saya hanya membuat permohonan dan menyatakan bahawa saya ialah seorang wanita atau mahu dikenali sebagai wanita,” jelas David.

Dia kemudian menghantar surat permohonan ke pihak berkuasa. Tidak lama kemudian, David menerima sijil kelahiran baharu yang menyatakan dia sekarang ialah seorang wanita.

“Saya lakukannya kerana mahukan premium insurans yang lebih murah. Saya tidak buat kerana mahu mengejek golongan pondan atau memperlekehkan hak-hak LGBT,” katanya.

Biarpun begitu, dia sedar bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan dikira sebagai menipu. David kemudian dikatakan berjumpa semula syarikat insurans untuk menjelaskan ‘kekeliruan’ tersebut.

Google ads
Back to top button