Peranti

AMD LANCAR RADEON R9 295X2

AMD baru-baru ini melancarkan kad grafik paling laju dan berkuasa di dunia, AMD Radeon R9 295X2. 

yamaha FBAMD-Radeon-R9-295x2-mekanika (2)

Kad grafik itu dibina khas untuk peminat tegar permainan video yang menggunakan komputer peribadi. Menggabungkan dua unit AMD Radeon R9 Series GPU dalam satu kad reka bentuk,  AMD Radeon R9 295X2 menawarkan setting maksimum resolusi 4K untuk permainan video.

yamaha FBAMD-Radeon-R9-295x2-mekanika (5)

“AMD berbangga untuk melancarkan kad grafik AMD Radeon R9 295X2 yang dibina di atas struktur Graphic Core Next (GCN) yang menjana industri permainan video. Kad dengan dua GPU ini menawarkan permainan video dengan kualiti bunyi dan visual 4K yang mengagumkan,” kata Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar, Unit Perniagaan Grafik AMD, Matt Skynner.

yamaha FBAMD-Radeon-R9-295x2-mekanika (1)

Kad grafik ini juga dilengkapi closed-loop termaju dan sistem penyejukan cecair yang tidak memerlukan penyelenggaraan. Dibangunkan bersama Asetek, pengguna boleh mengharapkan suhu operasi yang stabil, senyap dan prestasi konsisten.

Terima kasih kepada struktur GCN, kad grafik AMD Radeon R9 295X2 menawarkan peluang menikmati permainan video berprestasi tinggi dengan Mantle. Justeru, pemain mempunyai akses ke atas low-overhead API.

yamaha FBAMD-Radeon-R9-295x2-mekanika (8)

Kualiti bunyi terbaik pula ditawarkan oleh teknologi AMD TrueAudio yang membawakan bunyi keliling kepada mana-mana fon kepala stereo. Dengan pemproses audio khas di dalam GPU, kad grafik AMD Radeon R9 295X2 menawarkan bunyi yang cukup mengagumkan.

Jika berminat, kad grafik AMD Radeon R9 295X2 boleh dimiliki pada harga sekitar RM4,768 seunit. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button