Pandu Uji

HONDA JAZZ – BERMULA RM72,800!

Selepas meengujakan pasaran Thailand dan Indonesia, hatchback popular daripada Honda ini akhirnya dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pagi tadi. 

 SONY DSC

Generasi ketiga Jazz itu sememangnya ditunggu ramai kerana ia menawarkan pakej terbaik dari segi reka bentuk luaran, teknologi, versatiliti, kefungsian dan nilai.

Sebagaimana yang pernah dilaporkan sebelum ini, Jazz yang dipasang di kilang Honda di Pegoh Melaka itu ditawarkan menerusi tiga varian iaitu S, E dan V.

 SONY DSC

Apa yang lebih menarik lagi ialah harga yang ditawarkannya. Anda boleh memiliki sebuah Jazz varian S pada harga cuma RM72,800 seunit! Sementara varian E dan V masing-masing ditawarkan pada harga RM79,800 dan RM87,800 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Varian dan harga itu nyata selari dengan komitmen Honda Malaysia untuk menawarkan produk yang mampu milik dan bernilai tinggi kepada semua. Ini pastinya satu peluang terbaik buat rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah Honda!

 SONY DSC

“Jazz serba baharu bakal menarik minat para pelanggan yang mahukan sebuah kereta yang bukan sahaja seronok dipandu, malah versatil dan memiliki fungsi terbaik demi memenuhi keperluan gaya hidup mereka yang pelbagai. Inilah Jazz yang benar-benar mengagumkan daripada Honda setakat ini,”  kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 1,200 unit Jazz sebulan. Honda Malaysia percaya bahawa ciri-ciri premium, teknologi termaju dan harga Jazz serba baharu yang berpatutan akan menarik minat ramai di Malaysia. Di samping memacu syarikat untuk mencapai sasaran jualannya pada tahun 2014 iaitu sebanyak 76,000 unit.

 SONY DSC

Sepanjang separuh pertama tahun 2014, Honda Malaysia sudah berjaya menjual 37,151 unit kenderaaan, peningkatan sebanyak 70% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Mula diperkenalkan pada tahun 2001, Jazz generasi pertama dan kedua pantas menetapkan penanda aras dalam segmen hatchback. Model-model ini sangat berjaya dan popular di seluruh dunia apabila mencatat jualan 5.2 juta unit serta menjadi model terlaris Honda. Di Malaysia, lebih 30,573 unit Jazz telah terjual sehingga kini.

 SONY DSC

Melihat potensinya yang cukup besar, Honda Malaysia telah membuat satu keputusan strategik untuk memasang Jazz Hybrid dan Jazz Petrol. Hingga ke hari ini, kedua-dua model Jazz CKD itu nyata menerima sambutan memberangsangkan dengan hampir 13,000 unit terjual dalam tempoh kurang dua tahun.

Jazz ini menampilkan identiti reka bentuk baharu Honda, Exciting H Design!!! yang membuatkan kereta ini kelihatan garang dan sporty. Konsep rekaan luaran yang dikenali sebagai “Crossfade Monoform Exterior” itu nyata dinamik. Pada masa yang sama terus mewarisi karekteristik unik sebuah Jazz.

 yamaha FBCVT  JAZZ

Jazz dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik. Ia dipadankan bersama kotak gear CVT yang di bawah Earth Dreams Technology Honda. Ditanya kenapa enjin daripada Earth Dreams Technology digunakan, Honda Malaysia menyatakan gabungan rangkaian kuasa sedia adalah yang terbaik untuk pasaran tempatan.

Apabila dipadankan dengan platform subkompak global baharu Honda yang terdiri daripada struktur ringan dan tegar, ia membawa Jazz ke satu tahap baharu dari segi penjimatan bahan api tanpa mengorbankan prestasi dinamiknya.

 yamaha FBFront Interior Full View

Ruang dalaman Jazz sangat versatil dan penuh fungsi, hasil terjemahan falsafah “Manusia Maksimum, Mesin Minimum” Honda. Rekaan tangki bahan api yang terletak di tengah-tengah dikekalkan. Ruang kabinnya kini lebih luas, lebih ringan dan tapak rodanya lebih panjang.

Pastinya, ciri yang paling disukai iaitu tempat duduk Magic Seats. Ia kini hadir dengan empat mode konfigurasi yang lebih baik berbanding sebelumnya! Hasilnya, Jazz memiliki kabin lebih besar dengan peningkatan ketara pada bahagian bahu dan kaki penumpang belakang serta ruang kargo.

 yamaha FBHDMI & USB Ports

Ciri-ciri lain yang membuatkan Jazz lebih istimewa termasuklah corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, 2 jack USB, 3 soket kuasa, 9 tempat pemegang minuman dan ruang penyimpanan pintar.

Jazz juga merupakan kereta pertama dalam segmennya yang dilengkapi paparan skrin sentuh Advanced Touch Audio bersaiz 7 inci dengan fungsi MirrorLink (varian V). Turut ditawarkan ialah paparan meter pelbagai maklumat dan sistem pendingin hawa automatik dengan satu panel kawalan sentuh (varian V) dan sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin (varian E & V).

 SONY DSC

Stereng multi fungsi pula menampilkan sistem kawalan telefon bebas tangan (varian V) dan Kawalan Pengecaman Suara (varian V) yang memberi kemudahan di hujung jari pemandu.

Sama seperti semua model Honda yang lain, aspek keselamatan menjadi keutamaan. Jazz dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan seperti 6 beg udara (varian V), Emergency Stop Signal (varian E & V), kerangka G-CON dan ISOFIX.

 SONY DSC

Ueno turut mengumumkan bahawa Jazz serba baharu telah pun menjalani ujian pelanggaran ASEAN NCAP pada minggu lalu dan yakin ia akan menerima penarafan keselamatan 5 bintang.

Ketiga-tiga varian Jaz didatangkan dalam lima warna iaitu perak (warna baru), biru, putih, hitam dan kelabu.

 SONY DSC

Berita baik untuk mereka yang ingin tampil berbeza, Honda Malaysia ada menawarkan pakej aksesori Modulo dan Mugen. Harga bagi pakej Mugen ialah RM4,900 (merangkumi spoiler depan, belakang, sisi dan emblem Mugen). Menakala pakej Modulo pula berharga RM2,650.

Honda Malaysia turut menawarkan jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan sela penyelenggaraan untuk setiap 10,000km. Dengan 80 pengedar sah di seluruh negara, para pelanggan Honda boleh mengharapkan bahawa kereta mereka akan dijaga dengan servis berkualiti.

 SONY DSC

Maklumat lanjut mengenai Honda Jazz serba baharu atau ingin menempah slot pandu uji, sila kunjungi mana-mana pengedar Honda di seluruh negara, hubungi talian Tol Percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my
[hr]GALERI 
SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCyamaha FBLCD Media Cluster

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button