
ACERPURE COOL. PENAPIS UDARA KOMPAK UNTUK PENGUDARAAN LEBIH BERSIH. PROMOSI BERMULA RM899
Bagi membantu memastikan udara di dalam rumah kita kekal bersih, Acer hari ini secara rasmi mengumumkan pelancaran acerpure cool di Malaysia.
acerpure cool ialah penapis dan peredar udara 2 dalam 1 yang dilengkapi dengan penapis HEPA 3 dalam 1 bersama Penapis Disalut Perak Ag+ (Ag+ Silver Coated Filter) untuk membersih serta mengitar udara di dalam bilik.
“Malaysia kini menawarkan acerpure cool 2 dalam 1 yang berfungsi membersih dan menyejukkan udara. acerpure cool sentiasa mengesan, menilai dan menambah baik kualiti udara menerusi teknologi pintar yang terbina di dalamnya,” kata Pengarah Perniagaan Pengguna, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet.
Nadi acerpure cool ialah penapis HEPA 3 dalam 1 yang merangkumi pra-penapis, penapis karbon yang diaktifkan dan penapis utama HEPA 13. Ia berupaya menapis partikel-partikel halus dan kekotoran di dalam udara.

Ini termasuklah bulu dan epidemis haiwan peliharaan, habuk, selain 99.97% 0.3μm partikel dan bakteria di udara. Penapis udara ini juga berupaya menghilangkan gas-gas berbahaya dan bau busuik
Penapis Disalut Perak Ag+ yang digunakan oleh acerpure cool telah menjalani ujian makmal pihak ketiga yang ekstensif untuk membuktikan kecekapannya dalam menghapuskan bakteria. Di samping keberkesanannya menentang penyebaran virus H1N1.
Dibangunkan untuk kegunaan di rumah, sekolah dan tempat kerja, acerpure cool mengetengahkan bahasa rekaan yang ringkas tetapi moden, bersama satu panel sentuhan intuitif dan ciri kunci demi keselamatan kanak-kanak.

Dengan pengesan kualiti udara PM1.0, acerpure cool menyokong pemantauan kualiti udara di dalam rumah pada masa sebenar. Bacaannya dipaparkan menerusi 3 lampu indikator LED berwarna hijau, kuning dan merah.
Mod operasi penapis udara akan diubah secara automatik bagi memastikan penapisan udara di dalam bilik menjadi lebih baik apabila kualiti udara yang teruk dikesan.
acerpure cool juga membebaskan ion-ion negatif untuk membantu menghilangkan gas berbahaya seperti formaldehid, selain menangkap partikel pejal seperti habuk (PM2.5) demi menambah baik kualiti udara di dalam rumah.

Boleh dipusing ke atas dan ke bawah sehingga 90º serta pergerakan ke kiri-kanan mencecah 80º, acerpure cool boleh menghembuskan udara segar sehingga 16m dengan peredaran udara penuh di dalam bilik berkeluasan 27 m2 dalam masa tiga minit.
Dengan mode senyap sesenyap 26dB, acerpure cool mampu membersih dan menggerakkan udara bersih dengan efisien.
Boleh didapati di stor dalam talian terpilih Acer (jadual 1) dan stor konsep Acer (jadual 2), acerpure cool ditawarkan pada harga RM1,299 bersama tawaran penggantian penapis HEPA percuma bernilai RM199. Sehingga stok masih ada.
Sempena ketibaan acerpure cool, Acer Malaysia mengadakan promosi pelancaran yang eksklusif di Lazada pada 5 Februari 2021.

Sepanjang promosi ini, acerpure cool ditawarkan pada harga RM899 bersama satu penapis HEPA bernilai RM199 untuk penggantian seterusnya yang diberi secara percuma.
Kemudian, promosi pelancaran acerpure cool pada harga RM999 bersama satu penapis HEPA bernilai RM199 boleh didapati di stor dalam talian rasmi Acer dan stor konsep Acer bermula 6 hingga 9 Februari 2021.

Bermula 10 Februari hingga 31 Mac 2021, setiap pembelian mana-mana model komputer riba atau komputer meja Acer di stor dalam talian serta kedai konsep Acer terpilih layak menerima tawaran istimewa.
Anda boleh membeli acerpure cool pada harga RM999 dengan penapis HEPA tambahan untuk diganti nanti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email ama.marcom@acer.com.
GALERI