
ACER MALAYSIA LANCAR MONITOR NITRO VG240YE DAN VG270E. KADAR SEGAR MULA 100HZ, BERMULA RM459
Acer Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancaran monitor Nitro VG240YE dan Nitro VG270E yang mempunyai kadar segar semula 100Hz untuk pasaran ‘mainstream’.
Berbanding model terdahulu yang hanya dilengkapi input VGA & HDMI, kedua-dua monitor baharu ini hadir dengan DisplayPort untuk pengalaman pengguna lebih baik.
Selain kadar segar semula 100Hz, monitor Acer Nitro VG240YE dan Nitro VG270E menyokong masa respons 1ms VRB dan teknologi AMD FreeSync untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar. Dilengkapi panel FHD IPSM, kedua-dua monitor membawa visual dengan gamut warna lebar 99 peratus sRGB.

Dipasang pada ‘stand’ tiga serampang yang penuh stail, kedua-dua monitor itu hadir dengan paparan ZeroFrame tanpa-bezel.
Stand ini membolehkan pengguna mengubah kedudukan monitor untuk sudut tontonan terbaik, manakala sokongan VESA ‘mount’ membolehkan pengguna memadankan monitor dengan stand daripada jenama lain.
Kedua-dua monitor dilengkapi teknologi Acer VisionCare™ yang menampilkan beberapa ciri untuk mengurangkan ruam mata untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa, terutama ketika penggunaan dalam tempoh panjang, sekali gus membantu kesihatan mata pengguna tegar.

Ciri itu termasuklah BlueLightShield Pro yang mengurangkan sinaran biru sambil menghasilkan kualiti imej yang lebih baik tanpa mengorban ketepatan warna dan kecerahan monitor.
Tersedia segera di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada, Monitor Acer Nitro VG240YE 24-inci ditawarkan pada harga RM459. Manakala Acer Nitro VG270E bersaiz 27-inci itu dijual pada harga RM549.
Maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi talian infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau emel kepada [email protected]