
MONITOR ACER NITRO QG241Y P. VISUAL LANCAR TANPA GANGGUAN, RM749 SAHAJA
Acer telah melancarkan monitor Acer Nitro QG241Y P dilengkapi panel VA 23.8-inci yang menyokong sehingga 165Hz kadar segar semula dan 1ms VRB waktu respons bagi membentuk prestasi pantas ke pasaran tempatan.
Dengan teknologi AMD FreeSync Premium, Acer Nitro QG241Y P membolehkan pemain menikmati pengalaman visual yang lancar dan bebas gangguan dengan objek bergerak pantas pada skrin.
Nitro QG241Y P menyokong HDR10 dan teknologi black boost yang membolehkan tahap keasyikan mutlak menerusi penciptaan semula imej realistik. Ia juga didatangkan dengan teknologi ComfyView™, BlueLightShield™ dan Low Dimming™ bagi mengurangkan kelesuan mata disebabkan oleh penggunaan lama.

Dilengkapi dengan VESA mount, Acer Nitro QG241Y P juga membolehkan pemain untuk condongkan monitor bagi mendapatkan sudut pandangan terbaik mereka.
Monitor itu sudah boleh didapati sekarang di semua kedai atas talian rasmi Acer dan penjual Acer bertauliah di seluruh negara.
Harga Acer Nitro QG241Y P ialah RM749. Bermula 14 April 2021 hingga 16 April 2021, Acer Nitro QG241Y P boleh diperoleh pada harga RM699 di kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada.

Sempena pelancaran Zero to Nitro, Acer Malaysia menyediakan aktiviti dalam talian di www.zerotonitro.my. Peminat yang menyelesaikan misi akan layak untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang membawa pulang hadiah termasuk hadiah utama, Nitro QG241Y P serba baharu.
Maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email [email protected].