Peranti

ACERPURE AQUA WP1. PENAPIS AIR TAK PERLU PASANG PAIP. SUHU BOLEH LARAS, RM3,599 SEUNIT

Acer Malaysia baru-baru ini mengembangkan keluarga produk Acerpure dengan memperkenalkan penapis air Acerpure Aqua WP1 dengan reka bentuk ‘countertop’ kompak untuk gaya hidup moden.  Acerpure Pro P2 Classic pula hadir dengan paparan dengan reka bentuk yang intuitif serta penapis HEPA  3 dalam 1+.

“Sebagai anak syarikat Acer Group, Acerpure dipacu oleh misi  “Mempertingkatkan Kualiti Hidup  Insan”. Dengan tujuan ini, kami memperkenalkan pembersih udara, kipas dan vakum tanpa wayar. Hari ini, kami memperluas barisan produk kami dengan produk terbaharu- penapis air! 

“Penapis air ini berbeza bukan penapis air biasa, Acerpure Aqua WP1 ini tidak memerlukan pemasangan paip, membolehkan akses kepada air bersih pada suhu yang diingini di mana-mana sahaja,” kata Pengarah Perniagaan Pelanggan, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet.

Meningkatkan Akses kepada Air Hidrogen Ditapis

Acerpure Aqua WP1 mempunyai reka bentuk minimalis yang sesuai dengan mana-mana sudut rumah atau pejabat anda. Dengan tangki air sebesar 8.7 liter yang boleh ditanggalkan, Acerpure Aqua WP1 tidak memerlukan pemasangan paip yang rumit, memudahkan akses kepada air bersih dari dapur ke ruang tamu, tingkat dua dan di dalam bilik tidur. 

Kemudahan ini amat membantu ibu bapa yang perlu menyediakan susu untuk anak mereka di tengah malam. Ia juga merupakan alternatif terbaik untuk syarikat yang biasanya menyediakan botol air kepada pelawat.

Ini kerana mereka boleh mengisi semula botol dengan air hidrogen yang baru ditapis. Selain itu, air hidrogen menyediakan satu lagi pilihan yang sihat kerana ia meningkatkan penyerapan nutrien untuk kesihatan yang lebih baik.

Memadankan Suhu dan Isipadu yang Betul

Acerpure Aqua WP1 hadir dengan panel kawalan intuitif dapat melaras isipadu dan suhu air untuk pelbagai kegunaan. Peranti itu datang dengan suhu sejuk, suam, tiga tahap air panas pra-tetap dan suhu tepat yang membolehkan pengguna memilih antara 40°C sehingga 95°C mengikuti keperluan. 

Isipadu pra-tetap 150ml, 300ml & 500ml membolehkan pengguna mengisi dengan sukatan dengan satu sentuhan, dan melaras isipadu sebanyak 50ml antara 150ml and 500ml untuk kawalan yang lebih tepat. 

Sistem tapisan 3 langkah Acerpure Aqua WP1 memastikan air bersih tidak mengandungi bahan yang tidak diingini. Dengan penarafan Ujian Kualiti Air SGS,  penapis air itu terbukti  berupaya menyingkirkan bahan sekecil 0.0001um seperti bakteria, virus dan sisa klorin. 

Peranti itu juga tampil dengan pemantauan kualiti air Total Dissolved Solids (TDS) masa nyata. Pengguna hanya perlu menekan butang cuci pintar apabila tahap TDS meningkat untuk mengekalkan tahap kualiti air yang terbaik. 

Dengan reka bentuk yang mudah diselenggarakan, penapis air tersebut membolehkan pengguna memantau status penapis PCF, RO, dan GAC, serta menggantinya mengikut waktu. Dengan kemudahan ini, pengguna tidak perlu lagi bimbang dengan jadual temu janji penyelenggaraan.

Penapis gantian boleh dibeli dari Acer eStore atau kedai terpilih apabila lampu penunjuk bertukar kepada warna oren dan menggantikan penapis apabila ia bertukar  kepada warna merah. 

Penapis air Acerpure Aqua WP1 datang dengan jaminan tempatan ‘carry-in’ 2 tahun dan dijual pada harga RM3,599. Penapis air itu tersedia di Acer eStore dan kedai rasmi Acerpure serta kedai Acer Flagship di Shopee. Ia juga boleh didapati di kedai fizikal yang dikendalikan oleh One Living dan Chin Loong.

Pembersih udara terkini Acerpure Pro P2 Classic 

Pembersih udara Acerpure Pro P2 Classic datang dengan ciri sistem tapisan berkuasa dengan penapis HEPA 3 dalam 1+. Ia boleh menghapuskan 99% formaldehidi dan memerangkap 99.9% zarah PM2.5iii untuk memastikan persekitaran dalaman yang lebih sihat dan bersihi. 

Dengan panel sentuhan intuitif yang lebih baik, pengguna boleh memantau kualiti udara dalam masa nyata dan mengawal kelajuan pembersih daripada 1 ke 3 dan mengaktifkan turbo atau mod-mod pintar yang berfungsi meningkatkan kualiti udara. 

Tersedia sekarang di Acer eStore dan kedai rasmi Acerpure dan Acer Flagship Store di Shopee, Acerpure Pro P2 Classic dijual pada harga RM899.

Bagi meraikan kehadiran dua produk baharu ini, pelanggan yang membeli penapis air Acerpure Aqua WP1 sebelum 14 Ogos 2023 layak menerima jaminan 5 tahun, satu penapis udara  Acerpure Cool C1 bernilai RM1,299 dan premium Acerpure. 

Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh membeli Acerpure Pro P2 Classic dengan harga istimewa RM599, disertakan dengan penapis yang berharga RM149 dan premium Acerpure untuk pembelian yang dibuat sebelum 21 Jun 2023. Selain itu, produk Acerpure terpilih boleh dibayar secara ansuran tanpa faedah selama 12 bulan, dan ia tersedia di kedai dalam talian dan fizikal terpilih, tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat lanjut, sila layari Facebook Acerpure Malaysia @AcerpureMalaysia atau hubungi talian infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi–6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emel kepada [email protected] 

GALERI

Google ads
Back to top button