
ACER TRAVELMATE P4. LASAK DAN RINGAN. BERMULA RM4,099 SEUNIT
Sepanjang tahun 2020, ramai pemilik perniagaan dan penggubal polisi telah mendigitalisasikan operasi mereka bagi membolehkan pekerja mereka bekerja di luar pejabat.
Selari dengan keperluan itu, Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Acer TravelMate P4 yang menawarkan keseimbangan di antara prestasi dan ketahanan bersama pelbagai ciri perniagaan yang penting.
Direka dengan memberi keutamaan kepada golongan profesional dan pengendali perniagaan, komputer riba gred perniagaan Acer TravelMate P4 merangkumkan segala kuasa serta menawarkan jangka hayat bateri sehingga 15.5 jam ke dalam kerangka semi-besi tahan lasak senipis 17.9mm dengan berat cuma 1.41kg.

Dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Generasi ke-11 dengan RAM 8GB dan SSD super pantas M.2 PCIe 512GB, Acer TravelMate P4 juga menyediakan ruang naik taraf untuk keperluan pengguna pada masa akan datang.
Memandangkan panggilan persidangan video sudah menjadi satu rutin harian, Acer melengkapkan paparan FHD IPS bersaiz 14 inci TravelMate P4 dengan kamera 720p HD HDR sebagai standard. Ia dilengkapi dengan penutup kamera untuk menutup lensa dan melindungi privasi ketika kamera tidak digunakan.
Bagi memastikan kualiti mesyuarat maya yang berkualiti, ia juga dilengkapi teknologi Intel Wi-Fi 6 (802.11ax) yang menawarkan pengalaman tanpa wayar lebih lancar, sehingga 3 kali lebih pantas berbanding Wi-Fi 5 standard.

Dibina untuk mematuhi standard MIL-STD-810G, komputer riba ini sedia untuk menjadi rakan sekerja yang tahan lasak di mana-mana sahaja.
Acer TravelMate P4 membuktikan keupayaan dirinya melalui pelbagai ujian seperti dijatuhkan dari ketinggian 122cm ke atas pelbagai bahagian kerangka, tahan hujan, kelembapan dan suhu melampau.
Ia juga menampilkan tahap perlindungan cakera keras Trusted Platform Module (TPM) 2.0 untuk pengesahan selamat demi melindungi data syarikat, terutama ketika bekerja di luar pejabat.
Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah pengimbas cap jari pada butang kuasa serta Windows Hello untuk akses yang mudah dan selamat bagi membuka peranti dengan hanya satu sentuhan jari atau memandang pada kamera.
Papan pemuka dengan lampu latar membolehkan pengguna meningkatkan produktiviti, walaupun ketika berada di kawasan lampu yang malap.

Bukan itu sahaja, Acer TravelMate P4 hadir dengan satu port USB Type-C yang menyokong pemindahan data sehingga 10Gbps, DisplayPort dan DC-in untuk mengecaj komputer riba ini.
Sudah boleh didapati di semua stor dalam talian rasmi dan penjual sah Acer di seluruh negara, rakan kerja Acer TravelMate P4 yang boleh dipercayai ini didatangkan dalam dua varian, dengan pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-11 dan Intel® Core™ i5 pada harga RM4,999 dan RM4,099.
Pelanggan yang membeli Acer TravelMate P4 atau produk Acer terpilih mulai 1 Januari hingga 31 Mac 2021 layak untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet atau Boost eWallet sebanyak RM80 menerusi pautan INI.
- BACA: ACER TRAVELMATE P2. KOMPUTER RIBA TAHAN LASAK UNTUK EKSEKUTIF, RM2,699 SEUNIT
- BACA: ACER LANCAR SWIFT 3 DAN SWIFT 5 2020. LEBIH NIPIS, BERKUASA. BERMULA RM3,299 SEUNIT
- BACA: ACER ENDURO T1 DAN N3. PERANTI TAHAN LASAK UNTUK ANDA. BERMULA RM1,599
- BACA: HELIKOPTER K-RACER DIJANA ENJIN KAWASAKI NINJA H2R