Peranti

ACER MALAYSIA LANCAR SWIFT 5, ASPIRE 5 DAN ASPIRE 3 KE PASARAN TEMPATAN. BERMULA RM2,499 SAHAJA

Bersempena dengan Acer Day 2022, Acer melancarkan Acer Swift 5 baharu yang ringan dan nipis, serta laptop kegunaan harian Aspire 3 dan 5 untuk pasaran Malaysia.

Dilengkapi dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core, komputer riba Acer Swift 5 dan Aspire memenuhi keperluan profesional yang bekerja di mana sahaja, pelajar dan keluarga. 

“Acer Swift 5 ialah peranti yang dicari-cari pelanggan kerana rekaannya yang ringan dan elegan. Kami berbesar hati model yang mampu melakukan tugasan berat ini mewakili tumpuan yang penting untuk Acer – kelestarian – menerusi penggunaan sisa plastik yang bakal dibuang ke laut, ke dalam pad sentuhnya. 

“Usaha ini disokong oleh kajian dan pembangunan berterusan bagi melengkapkan peralatan Acer dengan teknologi terbaharu dan memasukkan bahan-bahan baharu,” kata Pengarah Perniagaan Pelanggan, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet. 

Acer Swift 5 – Ringan, nipis dan berkuasa tinggi

Segalanya tentang Acer Swift 5 baharu berkait dengan prestasi serta mudah alih menerusi rekaan kontemporari dan anggun. Dari luar, ia menampilkan rekaan klasik, terima kasih kepada chasis unibody yang dimesinkan dengan CNC dan diperbuat daripada aluminium gred aeroangkasa.

Chasis berwarna hijau yang seberat 1.2kg dan tebal 14.95mm tampil dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i7 bersama grafik Intel Iris Xe yang menawarkan prestasi berkuasa tinggi.

Komputer riba tersebut menyediakan memori dua saluran LPDDR5 sehingga 16GB dan storan PCIe NVMe SSD sehingga 1TB bagi memastikan pengalaman yang lancar dengan pelbagai aplikasi dibuka pada masa yang sama. 

Acer Swift 5 turut menampilkan pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang kuasa untuk keselamatan dan memudahkan pengguna.  

Paparan skrin sentuh WQXGA diperbuat daripada kaca Antimicrobial Corning Gorilla bagi melindungi permukaan sentuh dan mengekalkan kebersihannya. Aspek paparan boleh digunakan pada kadar skrin ke badan sehingga 92.22% dengan bezel nipis di keempat-empat sisi.

Papan kekunci dengan lampu backlitAcer Swift 5 menampilkan ruang udara yang menyokong sistem penyejukan TwinAir beserta paip haba D6. Semua ini meningkatkan aliran udara dan keberkesanan thermal untuk sokongan operasi hardware komputer riba berkuasa tinggi.

Sebagai sentuhan terakhir, pad sentuh OceanGlass diperbuat daripada sisa plastik yang memberikan rasa seperti permukaan kaca. Pada masa yang sama menyokong sentuhan daripada beberapa jari. 

Acer Swift 5 diperakui oleh Intel Evo, yang mana ia memenuhi sasaran pengalaman utama seperti instant wake from sleep, jangka hayat bateri 10 jam dan pengecasan selama 30 minit yang menawarkan penggunaan bateri lebih 4 jam.

Sudah tersedia di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta penjual semula Acer yang sah, Acer Swift 5 baharu dijual pada harga bermula RM4,699. 

Pelanggan yang membeli Acer Swift 5 baharu sebelum 30 September 2022  layak untuk menebus sarung komputer riba,  beg urban dan kredit eWallet Touch n’ Go bernilai RM120. Manakala diskaun RM100 tambahan akan tersedia semasa jerayawara Acer Day yang sedang berlangsung sehingga 7 Ogos 2022.

Aspire 5 dan Aspire 3 – Komputer riba yang praktikal

Siri Acer Aspire yang didorong oleh fungsi dan praktikaliti ini disegarkan dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core bagi menyediakan teknologi terkini kepada pelajar dan keluarga. Acer Aspire 5 dan Aspire 3 yang bersaiz 15.6 inci dilengkapi RAM minima 8GB dan SSD minimum 1TB. Di samping slot tambahan untuk RAM, memori HDD dan penambahan storan.

Acer Aspire 5 hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX550 yang meningkatkan mutu dan kelajuan prestasi grafik, selaras dengan keperluan pengguna yang sering menyunting gambar dan video. Port USB Type C pada komputer riba itu menyokong Thunderbolt 4 yang membolehkan pengguna menyambung dua paparan 4K untuk tugasan serentak. 

Kedua-dua model Aspire 4 dan 5 tampil dengan rekaan engsel yang boleh mengangkat chasis komputer riba dan menyerongkan papan kekunci mengikut sudut yang selesa untuk menaip, lantunan audio dan pengudaraan yang lebih baik. 

Tersedia dalam warna hijau willow, Acer Aspire 3 dijual pada harga bermula RM2,499 sementara harga Acer Aspire 5 bermula RM2,599. Kedua-dua model sudah boleh didapati di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, serta penjual Acer yang sah. 

Maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi talian infoline Acer Produk di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada [email protected] 

Google ads
Back to top button