Buletin

AMWAY LANCAR SISTEM RAWATAN UDARA KERETA – ATMOSPHERE DRIVE, RM1,887.50 SEUNIT

AMWAY semalam memperkenalkan ATMOSPHERE DRIVE, satu sistem rawatan udara yang direka untuk membekalkan udara yang selamat, bersih dan segar di dalam kenderaan anda.

Merupakan sistem rawatan udara kereta yang pertama daripada AMWAY, ia boleh dimilki pada harga RM1,887.50 (termasuk GST) seunit menerusi pengedar AMWAY di seluruh negara bermula 15 November 2017.

“ATMOSPHERE DRIVE menggunakan teknologi penurasan jenama ATMOSPHERE. Penuras tiga dalam satu yang unik itu mampu menyingkirkan 99% zarah bawaan udara sehingga sekecil 0.015 mikron di dalam kenderaan anda,” kata Pengarah Pembangunan dan Sokongan Produk Berdaya Tahan AMWAY, Bill Luke.

Teknologi penurasan tiga dalam satu ini, pertama sekali bertindak memerangkap kontaminan kasar seperti rambut dan debu. Kemudian, di peringkat kedua zarah zarah kecil dan asap akan disingkirkan.

Proses ini berupaya menyingkirkan zarah-zarah halus PM2.5 dan kontaminan bawaan udara utama yang lain. Selain itu, penurasan tiga dalam satu ini turut membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kenderaan.

Penuras ATMOSPHERE DRIVE bukan sahaja mampu mengurangkan kesan asap rokok dan ekzos, malah bahan pencemar kimia seperti formaldehid, toluena dan sebatian organik mudah meruap (VOC).

ATMOSPHERE DRIVE mudah digunakan dan mampu bertahan selama dua tahun (bergantung kepada tempoh pemanduan) sebelum penapisnya perlu ditukar. Ia juga direka agar mudah diletakkan di dalam kenderaan yang memiliki reka bentuk dalaman berbeza.

Lebih menarik lagi, pembersih udara ini menjanjikan operasi yang senyap dan tidak mengganggu konsentrasi pemandu.

Ketua Pemasaran AMWAY Malaysia, Leong Kok Fong percaya ATMOSPHERE DRIVE™ akan mendapat sambutan menggalakkan memandangkan 93 peratus rakyat Malaysia memiliki kereta.

Google ads
Back to top button