Buletin

BELI FORD RANGER XLT SEBELUM 31 DEC 2017 – DAPAT SERVIS PERCUMA 5 TAHUN ATAU PERBATUAN SEJAUH 100,000KM

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), baru-baru ini memberi tawaran hebat kepada pelanggan yang membeli trak pikap Ranger XLT.

Jika anda membelinya sebelum 31 Disember 2017, anda layak untuk menerima servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Bukan itu sahaja, rebat tunai turut disediakan.

“Ini merupakan kali pertama kami menyediakan tawaran istimewa sebegini untuk Ford Ranger XLT,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ranger XLT dilengkapi rangkaian teknologi pintar seperti Electronic Stability Control, Traction Control, Adaptive Load Control, Rollover Mitigation System, Electronic Power-Assisted Steering, keupayaan menunda sehingga 3.5 tan dan menerima penarafan keselamatan lima bintang.

Ranger XLT boleh didapati dalam pilihan enjin diesel Duratorq empat silinder TDCi 2.2-liter dengan kuasa 160Ps dan tork 385Nm atau enjin diesel Duratorq lima silinder TDCi 3.2-liter yang mampu menjana 200Ps dan tork 470Nm.

Ranger 2.2-liter XLT boleh didapati dalam lima warna iaitu aluminium metalik, biru, putih, kelabu dan hitam. Manakala varian Ranger 3.2-liter XLT pula didatangkan dalam empat warna iaitu aluminium metalik, putih, kelabu dan hitam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button