
ANDA KINI BOLEH PERBAHARUI LESEN LKM DI PUSPAKOM
Bermula 3 Februari 2020, pemegang lesen kenderaan motor (LKM) boleh memperbaharui lesen mereka di PUSPAKOM Wangsa Maju. Perkhidmatan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan LKM bagi kenderaan perdagangan ringan BDM 7,500kg dan ke bawah.
Perkhidmatan itu dijangka ditawarkan secara berperingkat-peringkat di 54 pusat pemeriksaan PUSPAKOM dalam masa terdekat.
Selain daripada pembaharuan lesen, pelanggan juga bole membuat urusan berkaitan kenderaan termasuk pemeriksaan kenderaan disamping usaha untuk menjadikan PUSPAKOM sebagai pusat perkhidmatan setempat atau One-Stop-Centre.

Hal ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memudahkan orang awam dalam segala urusan perkhidmatan kerajaan dengan JPJ.
Pembaharuan LKM di PUSPAKOM ini akan memberikan pelanggan lebih pilihan lokasi untuk menguruskan permohonan pembaharuan LKM mereka, sama ada di JPJ mahupun di PUSPAKOM.
Menteri Pengangkutan, YB loke Siew Fook berkata, kementerian bersetuju meluluskan perlaksanaan perkhidmatan baharu LKM di PUSPAKOM kerana ia akan memberikan nilai tambah SERTA kemudahan kepada pelanggan PUSPAKOM dan orang awam.

Sebelum ini, PUSPAKOM ada menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail memberitahu, PPUSPAKOM akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cekap, bukan sahaja terhadap penyampaian perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang sedia ada. Malah, merangkumi perkhidmatan lain di bawah satu bumbung.
“Secara tidak langsung, perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUSPAKOM memberikan satu pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan, sekali gus dapat menjimatkan masa dan tenaga” katanya.