Artikel Pilihan

TEKNIK POTONG BARISAN DI PUSPAKOM

Beberapa hari lepas, penulis perlu ke Puspakom bagi pemerikasaan wajib sebelum proses penukaran nama boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan dilakukan. Sebelum ini, penulis pernah ke Puspakom bagi tujuan yang sama. Main terjah je. Memang panjang betul orang berbaris dan menunggu. Tapi kali ini penulis ubah sikit, jadi keseluruhan proses hanya lebih kurang sejam saja. Antara langkah – langkah yang perlu dibuat ialah

1. Buat tempahan masa pemerikasaan di laman sesawang mypuspakom.com.my. Nak buat tempahan kene log masuk dulu. Kalau tiada akaun kene cipta dulu akaun. Senang sangat nak buat akaun dan proses ini ialah percuma sahaja.

2. Isikan maklumat seperti no pendaftaran, no cesi dan beberapa maklumat lain. Semua maklumat tersebut boleh didapati dari geran atau salinan geran kereta. Jika anda tiada salinan geran, ia boleh diperolehi dari JPJ dengan bayaran RM50.

3. Bagi urusan tukar nama, klik pada pilihan seperti gambar di atas. Anda boleh klik pada pilihan urusan yang ditawarkan oleh Puspakom. Bayaran perkhidmatan bagi setiap urusan adalah berbeza.

4. Pilih negeri mana anda duduk dan laman sesawang akan memaparkan beberapa cawangan terdekat dengan anda. Ia akan memaparkan maklumat samada tarikh yang anda pilih itu sudah penuh ataupun masih lagi kosong

5. Ini fungsi paling menarik. Ini yang boleh potong barisan. Anda perlu pilih masa yang anda lakukan pemeriksaan. Ikut la waktu yang sesuai. Kalau hijau tu, boleh tempah masa berkenaan

6. Selepas ini, laman sesawang akan menyatakan kos bayaran dan anda perlu membayar harga yang telah ditetapkan. Penulis menggunakan pilihan bayaran kaedah FPX dimana ia akan menggunakan kaedah perbankan atas talian bagi membuat bayaran.

7. Lepas anda buat bayaran, laman sesawang akan mengeluarkan satu slip seperti gambar di atas lengkap dengan bar kod. Paling penting sila cetak slip ini dan bawa sekali geran dan juga IC anda semasa hadir ke Puspakom. Seperti dalam slip, penulis hadir 10 minit lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

yes dapat potong que

8. Apabila sampai, cari pengawal keselamatan ataupun pegawai Puspakom dengan seragam polis bantuan dan tunjukkan slip yang telah dicetak tadi. Pengawal akan membenarkan anda memotong barisan disebabkan anda telah membuat tempahan masa pemerikasaan. Pegawai Puspakom pula akan mengimbas kod pada slip di atas.

9. Selepas menunggu di dalam kereta lebih kurang 10 minit, kereta anda mula dipanggil untuk memasuki pusat pemeriksaan di dalam bangunan. Pandu kereta anda ke pusat pemeriksaan dan tinggalkan kereta di situ bersama kunci. Anda perlu ke kaunter bayaran dan bawa semua dokumen. Di sini terdapat seorang pegawai Puspakom akan mencetak resit. Semua dokumen dan resit perlu ditinggalkan di dalam kereta.

10. Sekarang ini anda boleh menunggu di ruangan yang disediakan dan berdoa la banyak banyak supaya pemeriksaan anda lulus bergaya. Ada kerusi disediakan dan ada meiruka board yang menunjukkan status kereta yang menjalani pemeriksaan. Kalau ada gegadis manis, boleh le mulakan sesi ramah mesra. Mana tahu boleh jadi peneman pada isteri anda ehemmmm.

11. Apabila no pendaftaran dipanggil, anda boleh mengambil surat keputusan pemeriksaan yang dikeluarkan oleh pihak Puspakom. Bagi penulis, masa yang diambil bagi urusan ini ialah kurang dari sejam. Sekejap je kan. Jangan lupa tempah masa pemeriksaan, bukan main terjah ye

Tags
Google ads
Back to top button