
Buletin
PUSPAKOM BERI KERJASAMA INSIDEN BUDAK MAUT AKIBAT LANTAI BAS BERLUBANG
Berikutan insiden seorang budak darjah enam yang maut akibat jatuh ketika memijak lantai bas yang jerlus, pertamanya pihak PUSPAKOM melahirkan rasa kesal dan mengucapkan takziah kepada keluarga adik Wan Mohammed Adam Mohd Suria.
PUSPAKOM ketika ini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memberi laporan dan butiran pemeriksaan bas terbabit kepada mereka.
Laporan PUSPAKOM ini dapat membantu pihak berkuasa khususnya Poilis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan berkenaan insiden ini dengan lebih mendalam.
Seperti prosedur yang biasa, PUSPAKOM akan bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM memeriksa bas tersebut dari segi teknikal pada masa terdekat ini. Ketika ini, kes masih dalam siasatan.