Buletin

APLIKASI CARBENGKEL MUDAHKAN PENGGUNA

Malaysia Automotive Institute (MAI) melancarkan kempen MAI- CarBengkel “Introduce Your Favourite Workshop”.

carbengkel-MAI-mekanika (2)

Kempen tersebut diperkenalkan bagi mengetahui bengkel pilihan pelanggan dan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang keperluan melakukan pemeriksaan kenderaan.

CarBengkel merupakan aplikasi telefon pintar yang menghubungkan pemandu dengan OEM yang sah dan bengkel persendirian dengan kepakaran penyelenggaraan serta baik pulih.

“Aplikasi CarBengkel memudahkan pengguna mengenal pasti bengkel berhampiran yang boleh dipercayai, menjimatkan kos dan memenuhi keperluan servis mereka.

carbengkel-MAI-mekanika (1)

“Ia juga memberi kemudahan buat pelanggan dan bengkel. Ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan meningkatkan khidmat pelanggan,” kata  Ketua Pegawai Eksekutif  MAI, Madani Sahari.

Inisiatif itu secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen . Caranya mudah, mereka hanya perlu memperkenalkan bengkel biasa mereka pada aplikasi, mengambil gambar dan menuntut hadiah.

Kempen ini akan berakhir 28 Februari hadapan dengan tawaran hadiah bernilai RM5,000 menanti anda!

PUSAT SERVIS PROTON BUKA 7 HARI SEMINGGU

CarBengkel akan menetapkan satu platform untuk menyeragamkan semua pihak berkepentingan dalam pasaran selepas jualan. Ia  merangkumi bengkel (bebas atau francais), tayar dan aksesori, peniaga alat ganti serta pengedar kereta.

Sejak pelancaran aplikasi berkenaan tahun lalu, sebanyak 2,800 buah bengkel telah mendaftar di bawah CarBengkel. Aplikasi itu juga menerima VISA Retail Innovation Award 2015. Sekali gus menyenaraikannya dalam tujuh aplikasi terbaik.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button