Motosikal

MV AGUSTA TURISMO VELOCE 800

Selain tiga model Stradale dan F4 RC,  Chear Motor Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama  MV Agusta turut membawa masuk model touring. Di bawah lencana Veloce itu, tersedia dua pilihan iaitu Turismo Veloce 800 dan Turismo Veloce 800 Lusso.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (4)

Secara fizikalnya, penampilan Veloce 800 dan Veloce 800 Lusso adalah sama. Tetapi, Veloce 800 Lusso lebih mewah. Versi ini ditawarkan dengan peringkat teknikal tertinggi.

Turismo Veloce  dilengkapi enjin 798cc. Enjin itu turut digunakan pada Rivale dan Brutale 800. Namun, MV Agusta melakukan talaan untuk disesuaikan dengan keperluan jentera touring.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (17)

Enjin tiga silinder DOHC  itu menjana kuasa 110Nm @ 10,000rpm dan tork setinggi 83Nm @ 8,000rpm.  Pecutan terbaik dicapai menerusi nisbah kotak gear 6-kelajuan yang dikemas kini.

Sistem operasi kotak gear quickshift yang menggunakan EAS 2.0 baharu membolehkan tukaran gear dibuat tanpa perlu menarik klac.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (2)

Kuasa 110hp dicapai hasil daripada penggunaan omboh baharu dan perubahan nisbah mampatan. Tenaga tork juga 15 peratus lebih tinggi. Ia mampu diperoleh dalam julat rpm yang biasa digunakan.

Menariknya, penggunaan bahan api juga direndahkan sehingga 20 peratus berbanding model sedia ada. Malah, jentera juga mematuhi regulasi emisi Euro4.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (11)

Bahagian ekzos juga baharu. Menggunakan pengubah bermangkin 400 sel.

Kedua-dua versi dilengkapi pakej elektronik terkini iaitu MVCSC (MV Agusta Chassis Stability Control) dan MVICS 2.0 (Motor and Vehicle Integrated Control System). Tidak ketinggalan, platform inersia dan generasi ABS Bosch.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (3)

MV Agusta turut menawarkan Sistem Anti Wheelie. Pertama kali diperkenalkan pada model touring.

Perbezaan  Veloce 800 Lusso hanyalah pada bahagian suspensi semi aktif kawalan elektronik sebagai standard, hendal dengan ciri pemanas, sensor GPS dan tongkat tengah.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (7)

Lusso menggunakan suspensi fork terbalik Sachs di hadapan dan progresif Sachs di belakang. Dengan gabungan MVCSC,  sistem kawalan elektronik  canggih itu menyediakan tindak balas dalam pelbagai kondisi tunggangan. Ia akan sentiasa memantau dan menukar tetapan hidraulik.

Kuasa membrek kedua-dua model diserahkan kepada cakera terapung 320mm di hadapan dan Brembo jenis radial di belakang. Pengeluar Itali itu menawarkan tayar bersaiz 120/70 di hadapan dan 190/55 di belakang. Padanan itu dilengkapkan dengan rim aloi aluminium 17 inci.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (14)

MV Agusta turut menawarkan empat pemetaan enjin. Ia memberi kebebasan kepada penunggang untuk memilih kesesuaian gaya tunggangan mengikut keadaan. Pilihan Touring akan mengehadkan kuasa sehingga 90hp. Tetapan Sport pula akan meningkatkan kuasa maksimum mencecah 110hp.

Mode Rain mengehadkan kuasa sehingga 80hp bagi keselamatan tunggangan pada keadaan cengkaman yang terhad. Mode Custom pula  boleh ditetapkan mengikut kemahuan penunggang.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (20)

Dari segi rekaan, penggunaan semi fairing jenis termoplastik sememangnya cukup kemas, bersambung terus menyertai tangki sehingga ke atas. Cermin penghalang angin boleh dilaras sehingga 60 mm.

Keseluruhan inovasi rekaan menerima perincian yang teliti. Antaranya kluster yang menggunakan pengcahayaan LED penuh. Instrumen berwarna dengan teknologi TFT bersaiz 5-inci, Bluetooth yang boleh disambung kepada sembilan peranti berbeza, immobilizer, USB dan soket kuasa 12V.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (12)

Sudah berada di pasaran, harga atas jalan Turismo Veloce 800 ialah RM111,129 dan Veloce 800 Lusso RM121,146 seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button