Buletin

AS NAK BIKIN LEBUH RAYA SUPER DI ANGKASA LEPAS. SIAP ADA RNR

Amerika Syarikat (AS) bakal membangunkan sebuah ‘lebuh raya’ super di angkasa lepas dilengkapi beberapa perhentian dalam menjadikan pengembaraan ke ruang angkasa sebagai norma baharu.

Perintah Pengangkutan AS dan Angkatan Angkasa Lepas AS yakin bahawa orang ramai akan menggunakan lebuh raya angkasa lepas pada masa akan datang.

Sistem yang akan dibangunkan negara itu turut dilihat dapat membawa rakan kerjasama komersial serta sekutu AS untuk membuat lawatan dengan lebih kerap dan berulang-alik ke Bulan serta seluruh alam semesta.

Bagi merealisasikan impian tersebut, beberapa hab akan dibina untuk mengisi bahan api lengkap dengan perkhidmatan penyelenggaraan dan tempat membuang sampah.

Selain itu, AS juga sedang meninjau lokasi orbit yang sesuai untuk dijadikan perhentian dengan jangkaan untuk beroperasi dalam jangka masa lebih cepat bagi menandingi China.

“Kami telah menetapkan standard, doktrin serta tadbir urus dalam kalangan prinsip-prinsip yang kami percaya.

“Sebagai mana bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi untuk Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa untuk angkasa lepas, saya percaya bahawa pengangkutan angkasa lepas juga akan menggunakan bahasa ini, dan bukannya Mandarin,” kata Ketua Angkatan Angkasa Lepas, Bridget Jeneral John Olson. 

AS dan China ketika ini sedang bersaing untuk mendarat di Bulan. Pihak pertama yang berjaya sampai berpeluang memilih hartanah pertama di situ, di mana pangkalan bulan berkemungkinan dapat dibina. – DailyStar/KOSMO!

Google ads
Back to top button