Buletin

RAMAI SUDAH TIDAK CUBA BALIK KAMPUNG, LEBUH RAYA LPT DAN PLUS LENGANG

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan keadaan trafik lengang di Lebuh Raya menghala Pantai Timur setakat pukul 1.20 tengah hari tadi.

Jalan raya kelihatan lengang di kedua-dua arah [email protected] dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2

LLM melalui Twitternya turut memaklumkan keadaan trafik turut lengang di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di kedua-dua arah di Terowong Menora, Seremban, Slim River dan Pagoh setakat pukul 1.14 tengah hari tadi.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengelak dimanipulasi untuk tujuan pulang beraya bermula hari ini sehingga 21 Julai ini.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan bahawa jumpah kemasukan kenderaan ke Kelantan melalui jalan Gerk-Jeli telah meningkat sebanyak lima peratus. Ia melibatkan pergerakan dari negeri Perak, Kedah dan Perlis. 

Namun, mungkin disebabkan oleh sekatan jalan raya yang dipertingkatkan serta 1,000 anggota polis akan membuat pemantauan dari rumah ke rumah membuatkan ramai yang membatalkan hasrat untuk merentas negeri bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha di kampung halaman. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button