
HERTZ TEMPAH 100,000 UNIT TESLA MODEL 3 BERNILAI RM18 BILION
Syarikat sewa kenderaan Hertz menempah 100,000 unit Tesla Model 3 dianggarkan bernilai AS$4.4 bilion (RM18.25 bilion).
Berikutan perjanjian itu, saham Tesla melonjak sebanyak 4.3 peratus dan kenderaan-kenderaan itu dijangka akan dibekalkan pada penghujung 2022.
Para pelanggan Hertz yang menyewa Model 3 terbabit akan mempunyai akses penuh ke 3,000 stesen Supercharge Tesla di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

“Kenderaan elektrik (EV) merupakan medium mainstream masa kini dan baru melihat kebangkitan permintaan dan minat di peringkat global,” kata pemangku CEO Hertz, Mark Fields.
Syarikat Hertz yang mula memasuki segmen EV bakal melihat para pesaing syarikat menawarkan perkhidmatan kenderaan sewa mengikut jejak langkah berkenaan.
Hertz turut melantik bintang American Football yang merangkul tujuh kejuaraan Super Bowl membintangi kempen iklan diberi nama “Hertz, Let’s Go!” dalam mempromosikan syarikat terbabit. – carbuzz
- BACA: PEMILIK MODEL S MENANG SAMAN RM972K. TESLA SAMAN BALAS TUNTUT RM3.8 JUTA DAN HARTA DIBEKUKAN
- BACA: LUCID AIR KALAHKAN TESLA S, 837KM UNTUK SATU PENGECASAN PENUH
- BACA: CAMPER TESLA CYBERTRUCK, CYBERLANDR TERIMA PRA-TEMPAHAN RM339 JUTA. BOLEH DILIPAT, ADA SISTEM SOLAR
- BACA: BEKAS PELAJAR MRSM ULUL ALBAB KOTA PUTRA, FAKHIRAH KINI JURUTERA TESLA DI AS









