Buletin

LORI TERBALIK, 1 TAN DURIAN BERTABURAN ATAS LEBUH RAYA

Sebuah lori yang membawa muatan durian dari Tangkak, Johor terbalik dalam kemalangan di Kilometer 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.20 petang itu dipercayai berpunca apabila sebuah tayar lori itu pecah mengakibatkan ia terbabas dan terbalik. Keadaan tersebut membuatkan hampir satu tan durian bertaburan di atas lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian jam 1.55 petang itu berlaku ketika lori berkenaan yang menghala ke Kuala Lumpur dari Segamat hilang kawalan dipercayai kerana tayar belakang sebelah kiri pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri.

Insiden itu menyebabkan pemandu dan kelida lori berusia 25 dan 52 tahun mengalami cedera ringan.  Kes disiasat oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman dan dibuka di bawah Rule 10 LN 166/59. – Sinar Harian, Utusan Malaysia

Google ads
Back to top button