Buletin

ASPIRASI CASHNOW TAWAR PEMBIAYAAN DIGITAL PATUH SYARIAH KEPADA PELANGGAN LAZADA

Pembeli secara dalam talian yang mencari pilihan pembiayaan fleksibel kini boleh memohon Aspirasi CashNow, satu penyelesaian pembiayaan digital sepenuhnya yang ditawarkan oleh Aspirasi. Ia merupakan penyedia perkhidmatan pembiayaan mikro dan insurans mikro di bawah Axiata Digital. 

Boleh didapati di Lazada Malaysia, sebuah platform e-Dagang utama di negara ini, permohonan untuk Aspirasi CashNow dibuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 ke 65 tahun yang mempunyai akaun Lazada Wallet yang aktif.

Aspirasi CashNow adalah patuh syariah. Jumlah pembiayaannya bermula RM500 sehingga RM2,500, dengan kadar faedah rendah dan tempoh bayaran ansuran bulanan yang mudah. Pembeli yang berminat untuk memohon boleh klik di laman web atau aplikasi Lazada, sebelum melalui proses permohonan yang mudah dan pantas selama 3 minit di Aspirasi. 

Individu yang layak akan menerima dana yang dikreditkan ke dalam Lazada Wallet dalam masa 48 jam. Mereka kemudian bakal menikmati Aspirasi CashNow Protect, liputan insurans mikro secara percuma yang menyediakan faedah kematian akibat kemalangan, kecacatan kekal dan perlindungan bil dalam talian.

Ini bukanlah kali pertama Aspirasi dan Lazada bekerjasama dalam membangunkan ekonomi digital Malaysia. Aspirasi menyediakan sokongan pembiayaan digital kepada syarikat mikro dan peniaga PKS di platform Lazada sejak suku keempat 2019 lagi. 

Pengenalan Aspirasi CashNow adalah lanjutan daripada perkhidmatan pembiayaan digital bagi menambah baik infrastruktur kesalinghubungan untuk pengguna Lazada melalui capaian pembayaran digital yang lebih baik.

“Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pengguna yang mencari pembiayaan fleksibel dan kemudahan ketika membeli-belah secara dalam talian, terutamanya sekarang. Sejak beberapa tahun ini, kami terus melabur untuk membawakan pengalaman pelanggan yang berkualiti melalui kesenangan dan kemudahan. 

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Aspirasi untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan pembayaran dan pembayaran fleksibel alternatif sebagai sebahagian daripada pengalaman membeli-belah yang tiada had yang mereka jangkakan daripada Lazada,” kata Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan.

Menurut Pengarah Eksekutif Aspirasi, Sheyantha Abeykoon, Di Aspirasi, kami menyelaraskan dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan ekonomi digital dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat.

Pelancaran inisiatif MyDigital baru-baru ini menggambarkan kesediaan negara dalam melaksanakan pendekatan baharu dan menyeluruh yang membolehkan semua rakyat Malaysia mendapat faedah daripada perkhidmatan digital penting seperti e-Dagang, pembayaran tanpa tunai, dan perkhidmatan kewangan. 

Teknologi kewangan terus berevolusi apabila lebih ramai pembeli yang duduk di rumah kerana kekangan berkaitan COVID-19 dan membeli hampir segala benda secara dalam talian. Aspirasi CashNow menangani keperluan penyediaan pembiayaan digital di negara ini,” kata 

Lazada Malaysia bekerjasama buat kali pertama dengan Aspirasi pada 2019 untuk menyediakan sokongan kewangan kepada syarikat mikro dan peniaga PKS di platform e-Dagang. 

Kerjasama itu menggunakan perkhidmatan kewangan digital menyeluruh Aspirasi yang menawarkan penyelesaian pembiayaan yang cepat dan mudah dalam usaha meningkatkan potensi pertumbuhan peniaga yang disenaraikan di Lazada Malaysia. Melalui penyelesaian modal kerja Aspirasi, peniaga boleh menikmati pembiayaan mudah dengan insurans mikro sebagai faedah pilihan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aspirasi CashNow, layari https://aspirasi.co/pasar/cashnow-lazada 

Google ads
Back to top button