Buletin

ASTON MARTIN DB5 JUNIOR. TERHAD 1,059 UNIT, LAGI MAHAL DARIPADA CIVIC KETAM

Ini mungkin kereta mainan paling cool pernah dihasilkan. Aston Martin DB5 Junior adalah hasil kerjasmaa di antara Aston Martin dan pembuat kereta mainan, The Little Car Company.

DB5 Junior ialah sebuah kereta maina elektrik berskala dua pertiga daripada kereta ikonik Britain itu.  Dibina atas imbasan 3D model DB5, versi kecil itu menawarkan ketulenan dan ketepatan yang mengagumkan.  

Memiliki dimensi sepanjang tiga meter dan lebar 1.1 meter, ia direka supaya boleh menempatkan seorang dewasa serta kanak-kanak sebelah menyebelah.

Penggunaan kerangka aluminium dan badan komposit membolehkan beratnya cuma 270kg.   

Jentera itu digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 6.7hp pada gandar belakang dan boleh mencatat kelajuan sehingga 48km/j.

Fokus DB5 Junior adalah ketulenannya. Jadi, ia memiiki wings Aston Martin dan lencanan model buatn tahun 1963. Warna perak hadir sebagai ciri standard. Sementara tayar bersaiz 10 inci hadir bersama brek cakera yang lengkap dengan sistem brek regeneratif.

Lampu utama, lampu brek, isyarat membelok dan ruang kargo belakang berfungsi seperti kereta sebenar.

Bahagian kabin diserlahkan dengan kemasan kulit berwarna hitam. Papan pemuka menggunakan instrumen Smiths, tolok minyak diganti dengan meter bateri dan suhu bateri boleh dipantau.

Sistem suspensi turut meniru kereta asal dengan penggunaan jenis double wishbone untuk roda hadapan. Pek bateri yang disimpan di dalam bonet menawarkan jarak sejauh sehingga 32km sekali caj. Bateri tersebut boleh ditukar dengan pantas.

Hanya 1,059 unit DB5 Junior akan dihasilkan. Ia ditawarkan pada harga bermula £35,000  (RM192,000) seunit. Produksi dijadual bermula pada 2021 di UK dan penghantaran ke seluruh dunia mengambil masa dua tahun lagi.

Google ads
Back to top button