Buletin

GEELY SEDANG KAJI BELI SAHAM ASTON MARTIN

Geely Automobile Holding (Geely) kini dilapor sedang berbincang dengan pihak pengurusan kanan Aston Martin untuk membeli saham dalam syarikat pengeluar kenderaan mewah Britain itu. 

Berita itu menyebabkan saham Aston Martin melonjak naik. Geely didakwa sedang sibuk menjalankan ketelian wajar ke atas pengeluar kereta berusia 107 tahun berkenaan.

Desas-desus mengenai minat Gelly itu timbul sebulan selepas Aston Martin mengesahkan bahawa ia kini masih berbincang dengan pelabur berpotensi untuk mendapatkan dana. 

Dana amat diperlukan ketika Aston Martin bersedia untuk memulakan produksi SUV pertamnya, DBX. Pembinaan dan kos kejuruteraan membangunkan DBX sangat tinggi. Jadi, jika DBX gagal, ia pasti memburukkan lagi keadaan kewangan Aston Martin.

Langkah penjimatan yang dilaksanakan oleh Aston Martin sebelum ini menyaksikan model elektrik RapidE terpaksa dibakulsampahkan. Sedangkan RapidE penting kerana ia boleh menjadi pesaing langsung model Porsche Taycan dalam pasaran sedan sports elektrik premium. 

Jualan saham dilihat dapat membantu tahap kewangan Aston Martin yang melaporkan kerugian pada suku ketiga 2019 dan memberi amaran keuntungan sepanjang tahun lalu mungkin akan hilang berikutan pasaran Eropah yang kian lemah. 

Geely melihat Aston Martin dapat memberinya penjimatan dari segi teknologi dan platform kenderaan apabila diintegrasikan dengan Lotus. Sedia maklum, Geely turut memiliki saham Volvo dan Daimler.

Tags
Google ads
Back to top button