
ASTON MARTIN JANA KENAIKAN PENDAPATAN LEBIH USD80 JUTA SEJAK DIPILIH SEBAGAI SAFETY CAR F1 – FUH MANTOPS
Awal minggu ini Aston Martin baharu sahaja mendedahkan versi terbaru DBX707 yang diinspirasikan dari model yang beraksi sebagai kereta perubatan untuk perlumbaan Formula Satu. Kini dijangkakan ada lagi model baharu yang akan keluar hasil penglibatan mereka dalam perlumbaan tersebut.

Ketika ditanya tentang faedah yang diperolehi mereka dengan menyertai F1, CEO Lawrence Stroll menyatakan yang model Vantage mereka kini cukup laris jualannya. Dianggarkan tempahan sebanyak 300 ke 400 unit telah diterima.
Ia mungkin jumlah yang kecil untuk pengeluar kereta lain tapi untuk Aston Martin ia merupakan kenaikan jualan yang cukup tinggi. Ye la, harga sebuah kereta mereka bukannya bawah paras RM100k.

Diinspirasikan dari kereta keselamatan F1 yang mengepalai jentera-jentera F1 bila diperlukan, Vantage F1 Edition memang merupakan model yang paling laju ditawarkan mereka sejak diperkenalkan pada tahun 2021.
Ia diubahsuai dengan penambahan kita aerodinamik yang menyumbang kepada 200 kilogram downforce dengan casi yang diperkuatkan selain sistem suspensi yang dinaiktaraf. Bukan itu sahaja, enjinnya juga dilaras kembali agar 25 hp lebih berkuasa berbanding model standard.
Bukan suka-suka mereka melobi untuk menjadi kereta keselamatan F1 tahu. Ini memang strategi pemasaran yang sangat bijak. Tak ada ke pengeluar tempatan yang teringin yang tawarkan model mereka sebagai kereta keselamatan rasmi perlumbaan terkenal di dunia seperti F1? Lubuk emas tu weh.