
VINFAST VF8 DIKRITIK TERUK SEMASA PANDU UJI, DIKRITIK DAN DIKUTUK SECARA TERBUKA
VinFast VF 8 2023 adalah sebuah crossover berkuasa elektrik, dihasilkan di Vietnam dengan target untuk dijual di pasaran yang terbuka dan bebas seperti Amerika. Salah satu kelebihan yang ada pada VinFast VF 8 ialah harga jualannya yang sangat kompetitif
Dari segi saiz, Vinfast VF 8 adalah sama dengan Ford Mustang Mach-E, dengan kapasiti penumpang 5 orang, ruang kargo yang luas dan harga permulaan 50,000 USD. Namun selepas embargo kepada wartawan permotoran di Amerika diangkat, kebanyakan laporan pandu uji memberikan komen negatif
Berikut ialah komen daripada wartawan permotoran yang terkenal di Amerika berkenaan dengan VinFast VF 8:
Steve Ewing, InsideEV: ” the sheer amount of bouncy body motions coming through the VF8’s suspension made being in this electric crossover – and I say this without hyperbole – unbearable.”. Laporan ini ditulis dengan tajuk “Yikes” dan komentar ini menegur berkenaan pergerakan cesi dan prestasi sistem penyerap hentak yang teruk
Scott Evans dari MotorTrend: “I’d be embarrassed to look a customer in the eye when handing over the keys to this vehicle.” Scott menghadapi masalah dengan sistem penyaman udara ketika memandu uji serta sistem navigasi yang gagal berfungsi dengan meletakkan isyarat offline
Mack Hogan dari Road & Track: “The VinFast VF8 has the worst body control of any modern car I’ve ever driven. Over a 90-minute drive, the 5600-lb SUV never stopped bobbing, swaying, and bucking, producing near-constant head-tossing motions.”
Antara pemerhatian Mack termasuklah fit and finish yang tidak sekata, kusyen yang tidak ergonomik serta sistem multimedia yang tersekat-sekat ketika beroperasi
Emme Hall dari Green Car Reports: “Why Vinfast is intent on rushing this car to market is beyond me. If it would just slow down a bit, take the time to fix the problems we all experienced, it might actually have a decent car. As it stands now, the VF 8 City Edition will do nothing except earn Vinfast a bad reputation, one that might take decades to shake.”
Emme mendapati pelaras ketinggian kusyen pemandu tercabut, balutan kulit pada kenderaan telah bekedut serta blind-spot monitors, automatic emergency braking, traffic sign recognition, dan active lane control tidak boleh digunakan
Kevin William dari media Jalopnik pula menghasilkan laporan pandu uji yang bertajuk “The VinFast VF8 Is Simply Not Ready for America” dan sekiranya VinFast kekal dijual di Vietnam maka ia akan lebih berjaya berbanding di Amerika