
ASTON MARTIN VANTAGE KALIS PELURU, TAHAN LETUPAN, HENDAL PINTU KEJUTAN ELEKTRIK. BARULAH MACAM JAMES BOND
Pernah berangan nak memiliki jentera macam James Bond?
Dengan produk terbaharu Aston Martin Vantage dibangunkan syarikat kenderaan perisai AddArmor yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) anda boleh merasai ala-ala macam ejen 007.

Jentera Aston Martin Vantage berperisai menampilkan ciri perlindungan tahap B4 AddArmor yang merangkumi kaca kalis peluru dan bumbung keluli tahan letupan.
Ia turut hadir dengan pelindung tangki bahan api, pintu komposit lebih padu serta suspense dipertingkatkan untuk memastikan keselamatan.

Selain itu, Aston Martin Vantage berkenaan dilengkapi ekzos tahan hentakan dan tayar pancit.
Begitupun, ciri paling menarik adalah hendal pintu kejutan elektrik yang boleh diaktifkan dengan menekan butang.

Kos pakej Anti Instrusion Protection itu ditawarkan pada harga bermula AS$32,500 (RM136,646) malah boleh dipasang pada pelbagai kenderaan. –carscoops





