Artikel Pilihan

REALISASIKAN IMPIAN JAMES BOND ANDA DENGAN SEACAR – BUKAN BIASA-BIASA NI

Sudah berdekad lamanya banyak pengeluar kereta cuba untuk menghasilkan kenderaan amfibia yang boleh dioperasikan di darat dan juga di dalam air. Semuanya ingin meniru idea James Bond dengan Lotus Esprit yang boleh bertukar menjadi kapal selam. Setakat ni kebanyakannya gagal dan prototaip yang dihasilkan pula kelihatan buruk.

Disinilah munculnya sebuah syarikat Brazil yang bernama Seacar yang bertanggungjawab menghasilkan dua model yang dinamakan Vehigh dan Maestry. Keduanya telah menjalani ujian akuatik dan lulus dengan jayanya.

Model rekaan Seacar ini sebenarnya bukan kenderaan amfibia tapi merupakan speedboat yang disamarkan menyerupai kereta sebenar. Patutlah nampak lawa dan boleh memuatkan dua orang dengan bergaya sama seperti kereta sports.

Paling menarik semestinya model sepanjang 17 kaki yang dihasilkan menyerupai Aston Martin Vantage. Model keluaran Seacar ini juga tidak mempunyai krisis identity seperti kenderaan amfibia lain kereta ia memang sebuah bot secara dasarnya.

Bukan hanya bentuknya menyerupai Aston Martin Vantage tapi ia juga mempunyai ciri-ciri lain seperti gril hadapan dan kontur badan. Keduanya juga merupakan model droptop dan dilengkapi dengan penutup rim yang kelihatan seolah-oleh kereta sebenar yang boleh digunakan di atas jalan raya.

Tidak ada spesifikasi teknikal disertakan tapi syarikat pengeluar mendakwa kedua model ini boleh memecut sehingga 96 km/j di atas permukaan dan memang kelihatan menyeronokkan.

Bahagian dalaman juga kelihatan seperti sebuah kereta sebenar lengkap dengan terowong transmisi di bahagian tengah. Elemen Tesla turut diterapkan dengan penggunaan roda stereng unik yang menjadi identiti Tesla. Paparan elektronik kompak memaparkan maklumat yang diperlukan pemandu dan bahagian konsol tengah turut mempunyai pemegang cawan tersendiri.

Kalau membelinya boleh pergi ke Brazil untuk menempahnya. Kalua tak beli pun anda boleh menyewanya untuk merasai sendiri keseronokan memandu supercar dalam air ala James Bond.

Google ads
Back to top button