Buletin

JDT-ASTON MARTIN BAKAL KELUARKAN JENTERA JDT EDITION

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjalin kerjasama dengan syarikat automotif, Aston Martin Racing Asia bakal mengeluarkan jentera edisi terhad dikenali sebagai JDT Edition.

Melalui laman Facebook rasmi JDT berkata, kerjasama itu membuktikan peningkatan jenama kelab itu sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, semenjak ia ditubuhkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013.

“Kami berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat syarikat pemotoran berpusat di United Kingdom tersebut.

“Kerjasama ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, malah membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing Asia bekerjasama dalam pelbagai bidang, pada masa yang akan datang,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyaatan JDT itu, ia digambarkan sebagai satu kerjasama antara JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, manakala Aston Martin pula juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020. – FB JDT

Google ads
Back to top button