Buletin

ASTON MARTIN V8 VANTAGE – SUPERCAR KLASIK LAJU & RARE

Kira kira 30 tahun lalu, terdapat sekumpulan pelanggan Aston Martin terpiih mula menerima penghantaran model baharu yang hebat serta supercar sejati oleh pembuat dari British. Dan inilah dia Aston Martin V8 Vantage V550 keluaran tahun 1993.

Model yang kini dianggap lagenda telah pun ditonton setahun sebelumnya sewaktu British Motor Show 1992. Dan ketika pengeluarannya bermula, Aston Martin V8 Vantage V550 ini menerima ulasan yang cukup menarik dan teruja termasuklah daripada Jeremy Clarkson yang bertugas untuk Sunday Times ketika itu.

Dimensi rupa luaran Aston Martin V8 Vantage V550 ini berukuran 4,745 mm panjang dan lebar 1,944 mm serta titik roda 2,610 mm menjadikannya sebagai sebuah supercar yang besar berdasarkan ukuran saiz untuk hari ini

Model coupe ini telah direka oleh Ken Greely dan John Heffernan dengan membawa pendekatan more is more yang tertumpu kepada kemewahan seperti enam lampu utama di kiri dan kanan yang diletakkan dalam bekas kaca lengkap dengan fungsi pemanas.

Elemen kemewahan diteruskan di bahagian kabin dengan bentangan karpet daripada Wilton serta balutan kulit daripada Conolly. Kemasan kayu Burr Walnut turut digunakan untuk menjadikan ianya benar – benar kelihatan cukup mewah.

Pada stereng juga terdapat beg udara sebagai ciri keselamatan yang buat pertama kali diperkenalkan oleh Aston Martin di kala itu. Begitu juga tempat duduk hadapan yang boleh dilaras dengan kawalan elektrik.

Nadi utama coupe 2 + 2 tempat duduk ini menggunakan enjin  5,340 cc V8 quad cam yang mampu menghasilkan kuasa 550 bhp dan 746Nm pada 4,000 rpm. Cukup berkuasa berbanding model terdahulu Virage dengan lebihan sekitar 220 bhp walaupun masih menggunakan enjin yang sama.

Terima kasih kepada dua superchager Eaton M90 yang dipasang. Apa tah lagi dengan nisbah berat yang lebih ringan (model ini hanya seberat 1,990 kg sahaja) menjadikan ianya lebih berkuasa.

Tidak hairanlah ianya mampu memecut dari titik pegun ke angka 60 mph (97 km/j) hanya dalam tempoh 4.6 saat sahaja serta kelajuan maksimum 186 mph (299 km/j). Enjin yang berkuasa tinggi ini digandingkan bersama kotak gear manual enam kelajuan serta dilengkapi dengan LSD (limited slid differential)

Sepanjang tempoh produksi daripada tahun 1993 – 1999, hanya sejumlah 269 unit sahaja yang dibina menjadikannya kini sebagai sebuah koleksi kereta yang rare untuk dimiliki.

BACA : ASTON MARTIN V8 VANTAGE MUNCUL DALAM JOHNNY ENGLISH TERBAHARU

BACA : VANTAGE F1® EDITION KINI TIBA DI MALAYSIA. 527HP, BERMULA RM978K

Google ads

B K

Back to top button