
ASTON MARTIN & MERCEDES SEBAGAI SAFETY CAR BERSAMA UNTUK MUSIM 2021
Musim Formula 1 2021 telah pun bermula dengan jaya di Bahrain International Circuit dengan dimenangi oleh pemandu handalan pasukan Petronas, Lewis Hamilton. Tapi bukan itu yang hendak BK kongsikan. Bermula musim 2021 ini, akan ada perubahan terhadap jentera Safety Car yang mana selama ini didominasi oleh kereta Mercedes yang berwarna Silver itu.
Dan untuk musim baharu ini, Aston Martin bakal menyertai jenama Mercedes untuk bertindak sebagai Safety Car. Sudah tentu perkhabaran ini dianggap sebagai sesuatu yang menarik untuk diperhatikan oleh para penonton. Apatah lagi dengan kehadiran semula Aston Martin F1 sebagai pasukan yang turut bertanding.
Aston Martin bakal mempertaruhkan model yang ikonik, Vantage yang dilayangkan dengan warna British Racing Green sebagai Safety Car. Ini bukanlah model Vantage yang biasa biasa, kerana model ini telah pun ditingkat taraf dari segenap sudut bagi membolehkan ianya masuk ke litar bagi mendahului 20 buah jentera F1 sekiranya situasi memerlukan. Dijanakan kuasa enjin 4.0 liter twin turbo V8, ianya berupaya untuk memecut dari titik pegun ke angka 60 mph hanya dalam 3.5 saat sahaja. Cukup laju untuk memastikan ianya mampu memecut laju di atas litar.

Selain daripada itu, Aston Martin juga sebenarnya akan membekalkan model SUV, DBX yang akan bertindak sebagai Medical Car. Menggunakan enjin yang sama seperti model Vantage, ianya mampu memecut sekitar 4.5 saat dari titik pegun ke 60 mph dan mampu menghasilkan kuasa 550 PS dan 700 Nm. Model DBX Medical Car ini akan membawa peralatan seperti Pemadam Kebakaran lain – lain peralatan kecemasan untuk tiba ke lokasi kejadian dengan pantas.

Sementara itu, Mercedes yang telah pun membekalkan Safety Car kepada dunia F1 semenjak tahun 1996 lagi sekali lagi meneruskan tradisi dengan penggunaan model AMG GT R yang kini menggunakan warna merah pula. Walau pun sedikit berlainan daripada warna tradisi Silver, namun warna merah yang digunakan ini sebenarnya adalah warna kereta lumba mereka yang lagenda, Rote Sau.

Selain daripada itu, Mercedes turut akan membekalkan model C63 S Estate sebagai Medical Car yang mana turut mempunyai kelengkapan yang sama seperti model DBX. Kedua model ini AMG GT R dan C63 S Estate dijanakan enjin 4.0 liter turbo V8 yang berupaya menghasilkan kuasa 585 PS dan 700 Nm & 510 PS (AMG GT R) dan 700 Nm (C623 S Estate). Untuk Medical Car, empat tempat duduk jenis bucket akan disediakan yang merangkumi pemandu dan juga doktor. Manakala satu lagi tempat duduk akan disediakan untuk membawa pemandu sekiranya perlu daripada lokasi kemalangan.
BACA : 20 TAHUN BERKHIDMAT. MERCEDES AMG GT-R, SAFETY CAR F1 PALING BERKUASA DALAM SEJARAH
BACA : INILAH “SAFETY CAR” TERBAIK YANG PERNAH DIGUNAKAN DALAM GRAND PRIX F1