" "
Buletin

ASTON MARTIN VANTAGE ROADSTER – INI BARULAH KERETA SPORT SEJATI BOLEH BUKA BUMBUNG

Aston Martin dengan bangganya memperkenalkan model Vantage Roadster baharu, yang merupakan saudara terhadap mode Vantage Coupe. Dilancarkan pada 2024, Aston Martin Vantage baharu ini meneruskan lagi prestij yang ada pada model kereta sport dua tempat duduk yang cukup ikonik untuk pembuat kereta British ini.

Kini, Vantage Roadster hadir untuk meningkatkan pengalaman pemanduan sebenar dengan lebih jauh lagi untuk pemiliknya.

Masih lagi dikuasakan oleh enjin turbo berkembar V8 Aston Martin 4.0 liter yang menghasilkan 665PS / 800Nm, Vantage Roadster membawakan semua prestasi terkemuka kelas, sensasi dinamik dan keseronokan visual coupe, dengan dimensi tambahan kebebasan secara keseluruhan dan keseronokan bagi mereka yang gemar dengan pemanduan sporty dengan bumbung yang terbuka.

Berbanding dengan Vantage Roadster sebelumnya, enjin 4.0 liter V8 twin-turbo Aston Martin telah menyaksikan kuasa dan tork meningkat dengan 155PS dan 115Nm yang belum pernah berlaku sebelum ini berkat pengecas turbo yang lebih besar, profil aci sesondol yang disemak semula dan nisbah mampatan yang dioptimumkan.

Kuasa pecutan dari 0 – 100 km/j cuma dalam tempoh 3.5 saat sahaja kelajuan maksimum sehingga 325 km/j.

Vantage Roadster membawa tahap emosi baharu kepada pengalaman pemanduan yang sudah tidak dapat dilupakan, memperluaskan lagi tarikan fenomenal kereta sport British yang klasik dan canggih ini.

Aston Martin Vantage Roadster baharu ini masih lagi mengekalkan ciri moden dan sporty untuk sebuah Vantage tetapi kini mempunyai ciri tambahan yang menarik dengan penggunaan bumbung yang boleh dibuka dan disimpan[i] secara automatik dengan operasi yang paling pantas dalam kelasnya di pasaran.

Bercakap mengenai bumbung, ianya menggunakan konfigurasi ‘lipat-Z’, yang lebih cepat dan lebih ringan daripada bumbung ‘lipat-K’ secara tradisional dengan jumlah masa yang diperlukan hanyalah 6.8 saat sahaja.

Ia meneruskan tradisi model terbuka Aston Martin Vantage yang bermula sejak 75 tahun sebelum pelancaran pek naik taraf enjin Vantage untuk DB2 (tersedia sebagai coupe – dikenali sebagai saloon – dan boleh tukar – dikenali sebagai drophead coupe) pada tahun 1950.

Tahun ini juga sebetulnya Aston Martin meraikan ulang tahun ke-20 pengenalan V8 Vantage pada tahun 2005. Ianya adalah Aston Martin moden pertama yang dibina oleh Gaydon yang menggunakan nama itu dan Vantage pertama menjadi model tersendiri, dengan versi Roadsternya sendiri yang tiba hanya setahun kemudian.

BACA : SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU – PENUH DENGAN SKRIN DAN BUTANG WOO

BACA : VANTAGE F1® EDITION KINI TIBA DI MALAYSIA. 527HP, BERMULA RM978K


 

Google ads

B K

Back to top button