Buletin

VANTAGE F1® EDITION KINI TIBA DI MALAYSIA. 527HP, BERMULA RM978K

Jenama kereta mewah, Aston Martin baru-baru ini memperkenalkan model Vantage F1® Edition di Malaysia sebagai tanda meraikan kembalinya jenama itu ke kancah Formula 1.

Vantage F1® Edition menawarkan casis dan penambahbaikan aerodinamik yang dibangunkan oleh pasukan kejuruteraan Aston Martin.

Casis Vantage F1® Edition dioptimumkan untuk menonjolkan prestasi terbaik dengan suspensi dan pengubahsuaian stereng meningkatkan kekukuhan struktur hadapan. Kekerasan spring belakang juga ditambah sekaligus memberikan cengkaman lebih baik.

Di bahagian sisi, Vantage F1® Edition diserlahkan lagi dengan rim bersaiz 21 inci yang dibalut tayar Pirelli P Zero.

Jenter aitu juga juga mendapat kit aero, merangkumi splitter depan, dive plane hadapan, underbody turning vane dan sayap belakang yang memberikan daya turun 200kg yang lebih tinggi berbanding Vantage biasa.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin AMG 4.0-liter V8 twin-turbo yang berupaya menghasilkan 527hp dan tork 685Nm. Enjin itu kemudian dipadankan bersama kotak gear ZF 8-kelajuan bagi memastikan pertukaran gear lebih tepat dan pantas.

Aston Martin Vantage F1® Edition ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Jet Black, Lunar White dan Aston Martin Racing Green.

Bahagian dalaman pula hadir dengan pilihan trim kulit Obsidian Black serta Grey Alcantara, diikuti padanan warna Lime Green, Obsidian Black, Wolf Grey atau Spicy Red.

Jika berminat, Aston Martin Vantage F1® Edition dijual pada harga bermula RM978,000 sebelum cukai dan duti.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button