
AUDI MALAYSIA UMUM STRUKTUR HARGA BAHARU, LENGKAP PAKEJ JAMINAN AUDI
PHS Automotive Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Audi di Malaysia, mengumumkan struktur harga baharu untuk rangkaian kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).
Pengumuman ini turut disertai peningkatan Pakej Jaminan Audi (Audi Assurance Package, AAP), menjadikan pemilikan Audi lebih menarik untuk pelanggan.
Dengan pelbagai pilihan model sportback, sedan, dan SUV, Audi adalah pilihan sempurna bagi mereka yang mahukan pemanduan luar biasa dan tampil berbeza.

Bermula 1 Januari 2025, harga baharu untuk model-model Audi termasuk:
- A7 Sportback S line 3.0 TFSI quattro: RM715,990 (atau RM740,390 dengan AAP).
- A8 L S line 3.0 TFSI quattro: RM1,077,990 (atau RM1,103,790 dengan AAP).
- Q3 Sportback S line 2.0 TFSI quattro: RM343,990 (atau RM358,990 dengan AAP).
- Q5 Sportback S line 2.0 TFSI quattro: RM368,990 (atau RM388,490 dengan AAP).
- RS 6 Avant Performance 4.0 TFSI quattro: RM1,301,990 (atau RM1,338,690 dengan AAP).
- SQ8 Sportback e-tron quattro: RM494,990 (atau RM511,990 dengan AAP).
- e-tron GT quattro with Dynamic Package: RM399,990 (atau RM412,890 dengan AAP).
- RS e-tron GT: RM499,990 (atau RM515,290 dengan AAP).
Pakej Jaminan Audi kini menawarkan servis penyelenggaraan selama lima tahun (sebelum ini tiga tahun), jaminan selama lima tahun (sehingga 150,000 kilometer), dan bantuan tepi jalan untuk tempoh yang sama.
Pakej ini memberikan pelanggan keyakinan terhadap penyelenggaraan berkualiti tinggi, ketahanan, dan keselamatan jentera Audi mereka.

Selain itu, terdapat promosi harga istimewa untuk lapan model terpilih bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2025:
- A3 S line 2.0 TFSI: Harga promosi RM279,990 (harga asal RM338,990).
- A5 Sportback S line 2.0 TFSI quattro: Harga promosi RM419,990 (harga asal RM440,990).
- RS 3 Sedan 2.5 TFSI quattro: Harga promosi RM499,990 (harga asal RM671,990).
- RS Q8 4.0 TFSI quattro: Harga promosi RM1,400,000 (harga asal RM1,570,990).
- Q8 e-tron advanced 50 quattro: Harga promosi RM339,990 (harga asal RM359,990).
- Q8 e-tron S line 55 quattro: Harga promosi RM373,990 (harga asal RM465,990).
- Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro: Harga promosi RM349,990 (harga asal RM379,990).
- Q8 Sportback e-tron S line 55 quattro: Harga promosi RM382,990 (harga asal RM474,990).
Untuk maklumat lanjut mengenai struktur harga baharu, promosi eksklusif, dan Pakej Jaminan Audi, pelanggan boleh melayari laman web rasmi di www.audi.com.my atau mengunjungi pusat Audi terdekat.