" "
Buletin

AVETA LANCAR VANGUARD 250 – DUA VARIAN, JANA 24.8HP, HARGA BERMULA RM14K

Aveta Malaysia hari ini melancarkan Vanguard 250, skuter Adventure Touring Crossover (ATC) yang direka khas untuk memenuhi keperluan peminat pengembaraan dan gaya hidup aktif.

Dibangunkan berdasarkan platform Piaggio Nexus 250, Vanguard 250 dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik Bosch.

Skuter ini telah menjalani ujian intensif sejauh 20,000 kilometer di pelbagai jenis jalan di Semenanjung Malaysia, termasuk laluan berbatu dan lebuh raya, bagi memastikan kestabilan, ketahanan, serta keselesaan maksimum.

Reka bentuk Vanguard 250 menonjol dengan kelegaan tanah yang tinggi, sistem brek cekap, dan suspensi tahan lasak untuk prestasi hebat di laluan off-road.

Skuter ini turut menawarkan tempat duduk ergonomik, tangki minyak 13 liter, dan jarak roda panjang untuk kestabilan ketika perjalanan jauh.

Ciri tambahan seperti handlebar boleh laras dan sistem kawalan cengkaman (TCS) yang boleh dihidup atau dimatikan memastikan kesesuaian di pelbagai permukaan jalan.

Vanguard 250 hadir dalam dua varian:

  • Varian Standard: Menawarkan ciri asas untuk pengalaman pengembaraan yang mantap,
  • Varian SE (Special Edition): Dilengkapi ciri premium seperti tayar 15-inci, fork hadapan 37mm, brek caliper 4-piston, skrin TFT 7-inci dengan sambungan pintar, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), dan suspensi berkembar dengan tangki gas.

Secara mekanikal, Vanguard 250 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 244.2cc, menghamburkan kuasa 24.8hp @ 8,500rpm dan 22.5Nm tork @ 6,500rpm.

Beralih pada harga, varian Standard tersedia dalam warna Nano Grey pada harga RM14,888, manakala varian Special Edition hadir dalam warna Majestic Green dan Titanium Grey pada harga RM16,388.

Harga ini tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Kedua-dua varian hadir dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km, bergantung kepada yang mana tiba dahulu.

Bagi meraikan pelancaran Vanguard 250, 200 unit pertama yang didaftarkan akan menikmati harga istimewa:

  • RM14,488 untuk varian Standard
  • RM15,988 untuk varian SE

Siri roadshow dan sesi pandu uji akan bermula pada Mac 2025, memberikan peluang kepada pengguna untuk mencuba sendiri Vanguard 250.

Maklumat lanjut lokasi roadshow akan dikongsi melalui platform media sosial rasmi Aveta Malaysia.

Vanguard 250 boleh didapati di semua pengedar sah Aveta di seluruh negara bermula Februari 2025. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aveta.com.my

GALERI:

Google ads
Back to top button