" "
Buletin

RAIKAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN TAWARAN HEBAT PEUGEOT MALAYSIA

PEUGEOT Malaysia meraikan Tahun Baharu Cina dengan menawarkan rebat dan manfaat tambahan kepada pemilik kenderaan PEUGEOT.

Bermula Januari 2025, semua kenderaan penumpang baharu PEUGEOT disertakan dengan Program Penyenggaraan Inklusif 5 Tahun, yang merangkumi kos alat ganti dan buruh untuk 10 perkhidmatan berdasarkan jarak 10,000km atau selang masa enam bulan.

Tambahan pula, pelanggan akan menikmati jaminan selama 7 tahun atau 200,000km untuk ketenangan fikiran.

Kempen “Drive into Prosperity” menawarkan rebat dan manfaat tambahan untuk model berikut:

  • PEUGEOT 3008 (2025): Rebat RM4,000 + Program Penyenggaraan Inklusif 5 Tahun
  • PEUGEOT 5008 (2025): Rebat RM10,000 + Program Penyenggaraan Inklusif 5 Tahun
  • PEUGEOT 2008 (2025): Rebat RM21,500 + Penyenggaraan Inklusif (atas permintaan)
  • PEUGEOT Landtrek (2025): Rebat RM8,000

Tawaran sah sehingga 28 Februari 2025.

Bagi pelanggan yang memilih untuk tidak mengambil Program Penyenggaraan Inklusif 5 Tahun, penjimatan tambahan disediakan:

  • PEUGEOT 3008: Jumlah rebat sehingga RM14,000
  • PEUGEOT 5008: Jumlah rebat sehingga RM20,000

Tawaran Model Tahun 2024
Bagi peminat PEUGEOT 408, model tahun 2024 menawarkan rebat RM10,000 untuk varian GT dan Premium.

Manakala, model SUV seperti 3008 dan 5008 memberikan penjimatan lebih besar dengan rebat masing-masing sebanyak RM23,888 dan RM26,388.

Semua model tahun 2024 juga hadir dengan penyelenggaraan percuma 5 tahun (tidak termasuk kos buruh) dan jaminan 7 tahun.

Sementara, model 2008 tahun 2025 kini ditawarkan pada harga menarik RM111,888.

Pelanggan juga boleh menambah Program Penyenggaraan Inklusif 5 Tahun pada kos RM10,000, yang merangkumi alat ganti dan buruh sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sambut Tahun Baharu Cina ini dengan mengunjungi mana-mana pusat pameran PEUGEOT yang sah di seluruh negara dari 17 Januari hingga 9 Februari 2025.

Selain promosi hebat ini, nikmati suasana perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan melalui pelbagai aktiviti menarik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi PEUGEOT di www.peugeot.com.my.

Google ads
Back to top button