
DUA PEMANDU KERETA BERGUSTI DI TENGAH JALAN – SUKAN BARU KE NI?
Perbuatan dua lelaki bergaduh hingga berguling-guling di tengah jalan raya dan mencetuskan kesesakan lalu lintas mengundang kecaman orang ramai, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Kejadian berlaku di sebuah persimpangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 12 Disember lalu.
Rakaman yang dimuat naik memaparkan kereta jenama Toyota Prius dan Ford Fiesta diletakkan di tengah jalan dengan pintu sebelah pemandu terbuka.
Kedua-dua pemandu kereta berkenaan dilihat berguling di atas tanah sambil memukul antara satu sama lain.
Mereka kemudian dileraikan oleh pemandu lain.
Rakaman itu mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Sukan baharu akan datang. Ia dipanggil gusti jalanan,” kata seorang netizen.
“Mengarut kerana menyebabkan kelewatan dan kesesakan tanpa sebab!” kata netizen lain. – Kosmo
- BACA: BYD PERKENALKAN MODEL PHEV BAHARU DI JEPUN – TAWAR JARAK GERAK 2,100KM
- BACA: ROYAL ENFIELD HIMALAYAN 750 DIKESAN JALANI UJIAN, LANCAR TAHUN INI?
- BACA: MINYAK ENJIN PETRONAS URANIA BAHARU: TAHAN LAMA DAN CEKAP TENAGA
- BACA: VOLVO CAR MALAYSIA ANJUR HARI ‘A-MOOSE-MENT VOLVO – ADA PELBAGAI AKTIVITI MENARIK UNTUK PEMILIK VOLVO