
AUDI RS Q3 SPORTBACK 10 YEARS EDITION – EDISI SUPER TERHAD
Audi kini sedang merayakan ulang tahun ke 10 bagi model SUV kompak mereka, Audi Q3 dengan memperkenalkan model Audi RS Q3 Sportback 10 Years Edition kepada pasaran. SUV kompak ini sebenarnya boleh tahan popular juga sementelah ianya diperkenalkan dalam pasaran pada tahun 2013 yang lalu.
Berbanding model standard, beberapa perubahan kecil telah diberikan terhadap model yang dianggap sebagai cukup istimewa buat peminat Audi. Di bahagian hadapan, rekaan bampar telah diberikan rekaan baharu dengan bahagian sudut kiri dan kanan yang tajam itu telah diperbesarkan sedikit berbanding model Audi RS Q3 Sportback tahun 2021.

Gril model ini turut dilayangkan dengan warna hitam metalik bagi menampilkan imej yang lebih sporty. Rekaan bampar baharu di belakang turut diberikan laluan bagi memberikan imej yang lebih segar dan juga sporty.
Paling ketara rupa luaran sudah tentulah apabila Audi RS Q3 Sportback 10 Years Edition ini dilayangkan dengan warna istimewa metalik Chronos Grey, yang mana sebelum ini Audi juga turut terkenal dengan imej warna Nardo Grey. Ternyata ianya kelihatan lebih eksklusif apatah lagi apabilanya ianya dipadankan dengan rim aloi ringan bersaiz 21 inci yang baharu. Disebalik rim bersaiz mega itu, tersembunyi set brek berprestasi tinggi 19 inci dengan brek cakera seramik bertetulang gentian karbon bagi memastikan SUV ini mampu berhenti mengikut hasrat pemandu.

Bahagian kabin Audi RS Q3 Sportback 10 Years Edition ini menampilkan gabungan sporty dan mewah. Tersedia menyambut badan pemandu adalah tempat duduk bucket yang dibalut dengan upholsteri Dinamica serta logo RS yang disulam pada bahagian atas. Selain itu, beberapa kemasan gentian karbon turut digunakan sebagai kemasan di beberapa bahagian di ruangan kabin. Serasa mewah lagi bergaya.
Paparan skrin infohiburan turut menggunakan kemasan gentian karbon yang turut tercatat no. diantara 1 – 555, menandakan ianya betul betul unit yang terhad. Model ini hanya dikeluarkan sejumlah 555 unit sahaja.

Trenkuasa SUV ini menggunapakai enjin lima silinder 2.5 TFSI yang berupaya menghamburkan kuasa sekitar 294 kW (400 PS). Jumlah ini dikatakan lebih berkuasa 17% berbanding enjin yang digunapakai pada model terdahulu. Dari titik pegun hingga ke 100 km/j. ianya berupaya memecut hanya sekitar 4.5 saat sahaja. Tidak hairan apabila tork yang dikhabarkan berupaya mencecah sehingga 480 Nm. Enjin yang berkuasa ini dipadankan dengan kotak gear S-tronic tujuh kelajuan.
Walau pun paras rupa model Audi ini, barangkali ianya masih kurang diterima baik oleh golongan korporat di tempat kita. Orang kita lebih prefer jenama Eropah BMW mahu pun Mercedes. Entahlah
BACA : SUPER SUV AUDI RS Q8 KINI DI MALAYSIA. 4.8L V8 600PS, BERMULA RM1.7 JUTA!
BACA : AUDI Q3 ADVANCE 1.4 TFSI S TRONIC, CROSSOVER PREMIUM HARGA KAYANGAN