AUDI RS4 AVANT COMPETITION – WAGON YANG LAJU UNTUK ABAH
Anda punya jiwa kelajuan tapi dalam masa yang sama sudah beranak kecil dan selalu membawa ahli keluarga kecil pergi bercuti dengan satu almari rumah. Kadang kala isteri mengajak anda pergi ke IKEA untuk membeli perabot pasang sendiri yang kadang anda sendiri naik geram asik salah skru aja. Memang kena beli wagon jawabnya. Tapi takkan nak beli Alza? Atau pun Nissan AD Resort?
Nah, inilah dia jawapan sebenar kepada persoalan di atas. Audi RS4 Avant Competition. Direka bentuk untuk keseronokan maksimum di trek, Audi RS4 Avant Competition ini cukup eksklusif. Ianya telah ditingkatkan ke tahap seterusnya tanpa menjejaskan kebolehgunaannya setiap hari.
Ianya hadir dalam unit yang cukup terhad, hanya 75 unit untuk pasaran UK dan didatangkan dengan warna Sebring Black yang berinspirakan sempena ulang tahun ke-10 kemenangan Audi di Kejohanan Endurance Dunia sulung di Sebring pada 2012.
Satu ciri istimewa yang ada pada varian Competition ini adalah penggunaan suspensi coilover yang ditempah khas menjadikan pengendaliannya lebih mantap sekali gus menjadikan wagon ini lebih rendah 10mm berbanding AS4 Avant standard. Dan ianya boleh dilaras mengikut kesedapan sang pemandu untuk bagaimana kerasnya sistem suspensi varian Competition ini.
Dan penampilan luarannya diserikan lagi dengan penggunaan rim bersaiz 20 inci yang digandingkan dengan tayar berprestasi tinggi Pirelli P Zero Corsa. Barulah sedap meratah selekoh di litar mahu pun di jalan jalan kampung. Untuk menambahkan seri luaran, juga terdapat kemasan Karbon di beberapa bahagian.
Untuk menambahkan kegarangan, varian ini menggunakan sistem ekzos RS Sports Exhaust System Plus yang baharu yang sememangnya dibina khusus untuk varian ini. Ianya menghasilkan irama yang lebih syahdu orang kata.
Bahagian kabinnya menampilkan tempat duduk RS Sports standard menggunakan upholsteri gabungan kulit / sarang lebah Dinamica yang eksklusif untuk Pertandingan Audi RS4 Avant serta kemasan sisi berkilat Pionp Black. Sentuhan eksklusif diteruskan dengan jahitan hiasan merah pada karpet, konsol tengah dan juga tempat meletak tangan di pintu. Penggunaan stereng dengan rekaan rata dengan balutan Alcantara menambahkan lagi kegarangan di bahagian dalam.
Trenkuasa Audi RS4 Avant Competition ini menggunakan enjin Biturbo 2.9 liter V6 yang cukup berkuasa. Ianya mampu menghasilkan 450 PS dan 600Nm tork dari 2,000 hingga 5,000 rpm. Model ini turut diberikan penambahbaikan melalui perisian yang dikemas kini terhadap unit kawalan penghantaran bagi menghasilkan masa tukaran gear yang lebih pendek dan pecutan yang telah dipertingkatkan. Kini Audi RS4 Avant Competition ini boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.9 saat, 0.2 saat lebih cepat berbanding varian standard. Kelajuan tertinggi juga telah meningkat kepada 180 km/j, menjadikannya RS4 Avant paling pantas dalam keluarganya.
BACA : AUDI RS6 AVANT 2020 – WAGON DENGAN KUASA 600PS!
BACA : AUDI RS Q3 SPORTBACK 10 YEARS EDITION – EDISI SUPER TERHAD