Buletin

FAKTA PENJAGAAN AUDI S5 – CANTIK, LAJU, MANTAP TAPI….

Atas permintaan ramai, aku berkenan untuk menulis tentang Audi S5 ni. Jadi kita mulakan dengan sedikit trivia tentang kenderaan idaman ramai ini.

⚙️Dilahirkan pada tahun 2007
⚙️Sehingga sekarang, sudah 3 model Audi S5 dikeluarkan iaitu model B8, B8.5 dan B9
⚙️B8 dikeluarkan pada circa 2007-2012
⚙️B8.5 dikeluarkan pada circa 2013-2017
⚙️B9 dikeluarkan pada circa 2017 sehingga sekarang
⚙️Model Coupe menerima Enjin 4.2 FSI (349hp)
⚙️Model Sportback dan Cabriolet menerima Enjin 3.0 TFSI(333hp)
⚙️Pada tahun 2017, pihak Audi telah menukar (Force Induction System) Enjin 3.0 TFSI dari Supercharger kepada Turbocharger dan menerima peningkatan kuasa sebanyak 21hp dari model terdahulu, menjadikan kuasa output sekarang yang dapat dihamburkan adalah sebanyak 354hp.

Jadi, kenali unit kenderaan anda sama ada B8, B8.5 atau B9.

Okay, kita akan mulakan bab penjagaan kenderaan ini

**Atas nasihat pemain2 automotif dan rakan-rakan, saya tidak akan exposed tentang harga. Bagi yang ingin mengetahui tentang harga, boleh Direct PM kami dan kami akan sediakan quotation untuk anda. Hal ini kerana perbezaan harga yang ketara bagi kawasan yang berbeza dan saya tidak mahu “kill” market mereka. Dan kenderaan ini juga agak “common” di jalanraya di Malaysia ini. Harap faham**

BACA: FAKTA PENJAGAAN LAMBORGHINI GALLARDO

*****************************************************
🛠SERVIS

🔧Engine Oil Service Package
Engine Oil yang digunakan adalah sebanyak 8.5liter bagi enjin 4.2 FSI dan 6.5liter bagi enjin 3.0 TFSI.

🔧Transmission Service Package(4.2 FSI)
Bagi model S5 Coupe 4.2 FSI, ia menggunakan sistem transmisi 6 kelajuan “Tiptronic”. Ianya merupakan sistem transmisi automatik konvensional dan masih menggunakan “Torque Converter” sebagai penghubung kuasa.
Kit servis bagi model transmisi yang dikenali sebagai 0B6 ini merangkumi
Transmission Fluid 9liter
Transmission Filter/Strainer
Transmission Pan Gasket
Transmission Drain Plug with seal
Komponen-komponen diatas kebiasaannya akan ditukar ketika melakukan “Transmission Service”

🔧Transmission Service Package(3.0 TFSI)
Bagi model Sportback/Cabriolet 3.0 TFSI, ia menggunakan sistem transmisi klac berkembar(dual clutch) 7 kelajuan. Sistem ini juga dikenali dengan kod 0B5
Kit servis bagi model transmisi 0B5 ini merangkumi
DSG Fluid 7liter
DSG Transmission Filter
DSG Transmission Filter (External)
DSG Transmission Filter Gasket
DSG Transmission Pan Gasket
Drain Plug
Komponen-komponen di atas kebiasaannya akan ditukan ketika melakukan “Transmission Service Package”.

BACA: FAKTA PENJAGAAN VW SCIROCCO

🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS

🔧Spark Plug
Enjin 4.2 FSI menggunakan 8 biji spark plug manakala Enjin 3.0 TFSI pula menggunakan 6 biji spark plug. Proses penukaran spark plug bagi kedua model ini tidaklah terlalu rumit tapi sentiasa ingat. Ini Audi ✌️

🔧Brake Pad
Jika masih menggunakan Brake Caliper asal, harganya tidak murah dan juga tidak terlalu mahal. Masih boleh dengar, melainkan jika anda “upgrade” caliper anda ke RS Model atau jenama aftermarket yang lain jadi harganya juga lain. Ikut pengalaman saya, banyak yang saya lihat dah “upgrade”. Walau bagaimanapun tolong jangan pakai “low quality brake pad”. HORMAT kuasa yang boleh dihamburkan oleh enjin kenderaan ini. Nyawa anda adalah lebih berharga dari segalanya.

🔧Brake Rotor
Sama seperti Brake Pad. Brake Rotor juga merupakan komponen yang akan habis. Walau anda memandu sehabis cermat pun, komponen ini memang akan habis. Oleh kerana itu diklasifikasikan sebagai “wear & tear”

🔧Tayar
Saiz tayar kenderaan ini adalah 255/35R19. Boleh ke kedai tayar berdekatan anda untuk survey harga. Jangan survey harga tayar toreh pulak. Jika tauar sudah botak, tolong tukar. Jika jangka hayat tayar sudah terlalu lama/tua, tolong tukar. INGAT, tayar adalah penghubung nyawa anda dengan jalanraya. Tiada guna bermacam aksesori berserta stage 3 tuning tetapi tayar botak. USELESS. Saya amat menitikberatkan tentang isu tayar ni kerana ramai yang ambil mudah. Tolong jangan ambil mudah ye.

🔧Suspension
Masalah “Absorber Leak” bukan sahaja akan kena pada model Audi, malah pada semua jenis kenderaan. Lambat atau cepat sahaja. Jika telah rosak, antara jenama yang popular untuk anda tukar selain alat ganti tulen adalah dari jenama Bilstein atau Koni. Harga keras.

Ingin diingatkan disini, sistem suspensi merangkumi banyak komponen dan bukannya “absorber” semata-mata. Segala jenis “bush” dan “arm” termasuk dalam sistem suspensi dan diklasifikasi juga sebagai komponen “wear & tear”

🔧Valve/Rocker Cover Gasket
Bukan enjin V6 dan V8 sahaja ada masalah ni, malah kebanyakan enjin. Kebiasaannya masalah di kawasan ini hanya merangkumi minyak enjin bocor.

🔧Oil Cooler/Heat Exchanger
Ramai akan panik jika melihat minyak sudah bercamlur dengan air. Ada yang beranggapan enjin dah kena “overhaul” dan banyak lagi lah teori-teori yang akan keluar. Jangan panik dahulu, jika keadaan seperti ini berlaku. Cuba periksa/tukar dahulu komponen ini dan uji. Jika masih sama baru boleh panik 🤐

🔧Transmission Unit
Terlalu banyak untuk diceritakan dan ditulis disini. 0B5 dan 0B6 mempunyai ragamnya tersendiri. Akan tetapi, jika dijaga dengan baik semestinya ia akan beroperasi dengan baik.

Pucuk pangkalnya, kenderaan adalah buatan manusia. Tidak sempurna. Tapi, jika anda jumpa pihak yang betul untuk menjaga dan merawatnya. Nescaya positiflah keputusannya.

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd

BACA: FAKTA PENJAGAAN VW GOLF 1.4Tsi

BACA: FAKTA PENJAGAAN NISSAN GT-R

BACA; FAKTA PENJAGAAN BMW F30 3 SERIES

Google ads
Back to top button