Buletin

PELAN RECOGNITION AUDI SOKONG PEMILIK KENDERAAN IMPORT TERPAKAI

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) baru-baru ini melancarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) dalam usahanya untuk menyokong kenderaan kenderaan import terpakai (parallel import) Audi. 

Pelan itu akan menyokong para pemilik Audi dengan pelbagai manfaat seperti Audi Plus, Pelan Insurans Audi (Audi Insurance

Plan), Pakej Pembaikan Audi (Audi Repair Package) dan Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos (Beyond Economic Repair Support). 

Pelan-pelan tersebut merangkumi penggunaan alat ganti tulen, penyelenggaraan, pembaikan dan servis untuk memberi pengalaman lebih baik kepada pelanggan, pada masa sama memastikan prestasi serta keselamatan kenderaan Audi yangterbaik.

Kenderaan yang dibeli daripada pengimport parallel terlebih dahulu perlu dinilai secara percuma menerusi Pemeriksaan Kondisi Audi (ACC) 300 poin Audi yang terperinci di mana-mana Audi Centre yang layak untuk mengendalikan pelan berkenaan.

Bergantung kepada keputusan pemeriksaan, para pemilik kemudian boleh mendaftar dengan Pelan Pengiktirafan Audi yang merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Pakej Audi Plus menawarkan penjimatan ke atas servis, pembaikan, alat ganti dan penyelenggaraan untuk kenderaan yang berusia 5 tahun dan ke atas. Selepas mendaftar, pemilik akan menerima 3 baucar yang boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun. Ini melayakkan mereka untuk mendapat potongan sebanyak 10% ke atas servis penyelenggaraan serta Bantuan Tepi Jalan selama 12 bulan dari tempoh penebusan baucar tersebut.
  • Pelan Insurans Audi, direka secara eksklusif untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dengan perlindungan yang komprehensif. Kelebihan yang ditawarkan termasuklah keutamaan dalam kelulusan tuntutan, Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma selama 12 bulan untuk kereta berusia lebih 5 tahun serta jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan akan dibuat di pusat badan dan cat sah Audi oleh juruteknik bertauliah. Semua ini dilakukan selari dengan standard pembaikan global Audi dan hanya alat ganti tulen Audi digunakan. Rakan-rakan penginsurans terdiri daripada Allianz General Insurance Berhad, MSIG Insurance (M) Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.
  • Pakej Pembaikan Audi menawarkan diskaun sebanyak 30% ke atas beberapa barangan seperti set brek, penyerap hentak, galas (bearing) dan tali sawat pemasaan untuk kenderaan berusia 6 tahun dan ke atas.
  • Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos menawarkan diskaun sebanyak 20% ke atas alat- alat ganti terplih yang rosak teruk akibat insiden tidak diingini. Program sokongan istimewa ini membuktikan komitmen Audi bagi membolehkan para pelanggan membaiki kenderaan mereka agar kembali berada dalam kondisi terbauk selepas menjalani penilaian sewajarnya oleh juruteknik serta rakan Badan & Cat terlatih Audi, sebelum sebarang kerja pembaikan boleh dimulakan.

Bukan itu sahaja, Audi juga akan melancarkan aplikasi peranti pintarnya tidak lama lagi untuk menawarkan akses pelbagai ciri yang direka untuk membuatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhannya lebih baik kepada semua pemilik kenderaan Audi (termasuk kenderaan import terpakai). 

Sama ada untuk mencari stesen pengecasan EV terdekat, membuat temu janji servis atau menerima berita dan kemas kini terbaharu, pelanggan akan mempunyai lebih kawalan terhadap pengalaman pemilikan dan pemanduan mereka. 

Pemilik kenderaan Audi yang berminat boleh mendaftar di https://myaudiworldapp.com.my/pre-launch Maklumat lanjut mengenai Pelan Pengiktirafan Audi, sila layari laman web www.audi.com.my atau kunjungi Audi Centre.

Google ads
Back to top button