Buletin

PERODUA ATIVA DAN ALZA ANTARA MODEL DI PANGGIL SEMULA

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia (JPJ) dalam kenyataannya hari ini, mengeluarkan senarai model-model kenderaan yang dipanggil semula.

Di Malaysia, pemanggilan semula yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan perlu di maklumkan secara bertulis kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, berdasarkan kepada punca kuasa Seksyen 66 (1)(pp) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak JPJ akan merekodkan serta memantau perkembangan setiap aktiviti tersebut sehingga kesemua selesai diperbaiki.

Menurut JPJ, hebahan ini bertujuan bagi menarik perhatian umum terutamanya kepada pemilik-pemilik kenderaan agar segera menghubungi wakil pengedar sah.

Berikut adalah senarai penuh kenderaan pelbagai model dipanggil semula:

Perodua

  • Perodua Ativa (X, H, AV) | Keluaran 2022-2023 | 1,146 unit
  • Perodua Alza (X, H, AV) | Keluaran 2022-2023 | 562 unit

Toyota

  • Toyota Veloz | Keluaran 2022-2023 | 201 unit

Mercedes-Benz

  • Mercedes-Benz C-Class (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 8 unit
  • Mercedes-Benz CLK (209 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
  • Mercedes-Benz CLS (219 platform) | Keluaran 2001-2011 | 18 unit
  • Mercedes-Benz E-Class (211 platform)  | Keluaran 2001-2011 | 21 unit
  • Mercedes-Benz CL-Class Coupe (203 platform) | Keluaran 2001-2011 | 2 unit
  • Mercedes-Benz GLE/MI (166 platform) | Keluaran 2001-2019 | 524 unit
  • Mercedes-Benz GLE Coupe (292 platform) | Keluaran 2001-2019 | 305 unit

Audi

  • Audi Q5 (8R) | Keluaran 2008-2017 | 1,129 unit
  • Audi A4 (8D) | Keluaran 1996-2001 | 304 unit
  • TT (8N) | Keluaran 1998-2001 | 21 unit
  • A5 (8T) | Keluaran 2010-2012 | 4 unit
  • A6 (4B) | Keluaran 1996-2001 | 144 unit
  • A8 (4D) | Keluaran 1996-2001 | 1 unit
  • A6 (4F) | Keluaran 2005-2011 | 371 unit
  • A4 (8E) | Keluaran 2005-2008 | 487 unit
  • TT (FV) | Keluaran 2015-2017 | 307 unit

Honda

  • Honda ADV750LM | Keluaran 2015-2017 | 261 unit

Suzuki

  • Suzuki Hayabusa GSX1300R | Keluaran 2021-2023 | 15 unit

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pengeluar.

Walau bagaimanapun, kesemua 562 pemilik Alza yang terkesan dimaklumkan oleh Perodua bahawa pengeluar itu sedang menjalankan program Kempen Servis Khas.

Sementara bagi Toyota pula, sumber menyatakan UMW Toyota Motor telah mengambil tindakan awal penukaran ECU beg udara bagi Toyota Veloz.

“Pemilik kenderaan terlibat yang mendapat notifikasi hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menghantar kenderaan mereka ke pusat-pusat servis bertauliah bagi mendapatkan khidmat dan alat ganti secara percuma,” tulis agensi itu di Facebook.

“Tindakan mengabaikan notifikasi tersebut akan meningkatkan risiko keselamatan kerana komponen kenderaan sepatutnya diganti berkemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik, malah mungkin meningkatkan risiko seperti kenderaan hilang kawalan, kemalangan dan sebagainya.” – Motoqar

Google ads
Back to top button